Daisypath Anniversary tickers

Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

Whatsapp sape tu papa?

oke..nei saje aku nak throwback masa baru-baru lepas kahwin..
masa belum pregnant lagi...masa aku masih tengah kerja office dekat Kebun Teh...

ehhh..Kebun Teh nei nama tempat taw..contoh macam larkin, melodies garden...haaa camtu..
jangan pula ingat aku keje office dekat ladang teh macam kat cameron tuuu...huhuu.

bila hari jumaat je..aku halfday..maknanya aku kerja la..
suami aku pulak cuti...
kadang2 whatsapp la macam habis je halfday mane nak merayap ke apa kan..
anak aku yg sulung nei pun agaknya tengok papa dye dok sibuk maen hp..pun bertanyalah..

"papa nei asik maen hp je. whatsapp sape?"

yang suami aku pun jawap "whatsapp mama laa."

ehhh, anak aku nei pun jengalah tengok hp suami aku tu...lepas tu siap cakap... "takde gambar mama pun?"

haaa amek kau killer question anak aku bagi..and then suami ak pun bgtaw aku sambil bagi icon ketawa keluar air mata.
time tu aku pakai profil pict kereta idaman..hehe, pembakar semangat la konon.
aku pun tukar la gambar masa honeymoon dekat langkawi..then suruh suami aku tunjuk semla kat anak lelaki aku tu.

"papa, bila kite nak pergi langkawi lagi?" pulok dahhhh.

hahahahahaaaaa. sekian.

" this is LJ official blog ♥ "

Aku tanya apa khabar semua?

wahhhhhh lama giler tak upate blog. masihkah ada pembaca-pembaca setia?
hehe huhu hoho

rasanya dekat setahun kot tak update pape.
al-maklum laa..aku mengalami pembawakan budak yang teruk..dah masuk 6 bulan baru aku oke..baru ade selera makan, baru bole berjalan sakan.

perkembangan terkini....

anak aku yg sulung dah darjah 1...
anak aku yang no 2 lak..lelaki lagi...dah nak masuk 4 bulan pun...
sekejap je masa berlalu kan...

bisnes aku pun..alhamdulillah dah semakin berkembang..
daripada bisnes online sepenuh masa..aku dah mula masuk 1 vendor..sekarang pula alhamdulillah dah masuk dekat 7 vendor..dan aku pula sekarang aktif join mane2 tempat yg ade event atau carboot sales.
takpe pelan2 kayuh.

ehhh korang2 yang nak beli/cari handbag baru dengan harga bajet..boleh la follow IG aku okeyh.

Follow IG : @schazrolshoppe
FB Page : schazrol_bagshoppe
whatsapp : 0137095004

" this is LJ official blog ♥ "

Syukur, Rezeki Kami.

alhamdulillah, nampaknya bisnes online aku berkembang setapak lagi ke depan.
baru-baru nei aku ade join butik vendor... rezeki dari Allah untuk kami sekeluarga. aku handle berdua dengan encik suami, senang kalau aku dalam pantang nanti dye taw camner nak handle, restock bagai...

so pada korang-korang yang nak dapatkan handbag murah-murah & berkualiti..boleh laa walk in kat butik nei yee..macam-macam ada..baju, seluar, jubah, kosmetik..product kesihatan.

BUTIK HOUSE OF BEAUTY (H.O.B)
NO.27-01, JALAN BUKIT MUTIARA 21, TAMAN BUKIT MUTIARA, 81100 JB.
10.30 AM - 10 PM
SELASA - AHAD (ISNIN TUTUP)
0137095004

kalau korang tak sempat walk in....aku still jual online lagi. harga sama je..siap free cod jb, pg, tiram.

FB page : schaz shoppe (kosmetik)
FB page : schazrol_bagshoppe (handbag / slingbag / pouchbag / travel bag)
Instagram : schazshoppe

apa-apa boleh wasap / wechat no kat atas tu okeyh. 24/7 aku online. delivery anytime everywhere..kecuali kalau aku ade hal urgent @ luar kawasan..aku akan update la.

so uols..jom laa support our local scene.

" this is LJ official blog ♥ "

Wahhh..9 Bulan Sudah!

Alhamdulillah, hari nei aku diberi peluang untuk berkongsi cerita lagi. sekian lama tak ber-blogging.

haha. apesal ntah dengan laptop aku tu..tak boleh nak buka internet..kene daftar ke expired apa katanya. nampaknya nak kene hantar ke kedai untuk format balik. nyampahhh taw!

hey uols...aku nak share sikit perkembangan terbaru.
tak lama lagi aku nak deliver dah..orang kate skang nei kiranya tengah menghitung minggu.
kalau nak diikutkan aku dah masuk 37 weeks. wow! cepat je masa berlalu kan...hehe..excited lol.
selera makan aku pun bukan maen mencanak-canak..macam-macam nak makan, kejap-kejap nak makan. bila aku makan, encik suami pun ikut makan..la nei aku tengok dye pun dah geok sikit. kikikiiii.

baju baby aku dah prepare sikit..bag baby pun member aku ada bagi, so jimat sikit tak payah beli lagi.
tinggal barang-barang aku jelah..macam bengkung, set bersalin...mak bidan tukang urut mak aku dah bookingkan awal2.

skang mak aku ade dekat bandung..pergi holiday kauuuu. adelah aku kirim kot-kot ade jamu murah kat sana.

minggu nei ade baby fair 3 hari..tak sabar nak pergi memborong lagi. shopping yokkk.
lepas tu skali ade event jom heboh pulak. sbelum deliver nei, kita jalan puas-puas ye..lagipun banyak berjalan senang bersalin. orang kata.

ehhh, cerita pasal aku dah 36 weeks kan...encik suami macam confuse pulak.

"due mama bukan 19/11 ke..apesal dah 36 weeks (means 9 bulan)?"

hahahaa..aku pun confuse nak jawap camne. last-last aku cakap "tempoh bersalinkan sampai 40 weeks" kekeke. terima jelah jawapan aku tu, takyah pening-pening pikir kannnn.

tak sabarnye lahaiii nak tunggu si kecik nei keluar. ehh, aku dah ada nama untuk dye. hehe.

" this is LJ official blog ♥ "

6 Bulan VS Kaki Bengkak

Alhamdulillah, diam tak diam kandungan aku dah 6 bulan..tak lama lagi nak masuk 7 bulan.
tak sabar rasanya. Jantina? Biarlah rahsia dulu. hehe.

minggu lepas kot tak silap aku..tengah duduk-duduk, sekali aku perasan kaki aku lain macam. bengkak!
pehhh, serius ngeri tengok kaki sendiri..ddah macam obesiti gayanya. memang ketara bengkaknya uols...sampai aku pakai selipar pun, berbekas kat kaki.

2 hari lepas, sebelum tido..aku tunjuk la dekat encik suami. dye pun terkejut tengok. siap tanya aku "kenapa bengkak? bila perasan?"

aku ade jugak google pasal kaki bengkak. rata-rata semua cakap normal. bila aku search images...uihhh, ada yang lagi bengkak dari aku. so, aku rasa lega la sikit. ingat aku yang teruk..maklum laa, masa aku mengandung anak 1st, takdelah pulak kaki aku bengkak. sikit pun takde. kali nei je. nak kata perut aku besar..semua cakap perut aku comel je..mungkin sebab badan aku pun comel kot..tinggi aku pun 155cm je.. takpelah, janji anak aku lahir keluar nanti sihat walafiat, sempurna tubuh badan fizikal & mental. Amin.

oke la uols..nanti aku update lagi. perut dah lapar nei, belum makan tengahari lagi. hehe.
ehh cakap pasal makan, sekarang nei suami aku pulak yang kuat makan..pagi mesti nak sarapan, tengahri mesti nak makan, petang pun carik makan..malam balik kerja mesti nak makan..belum kira yang ringan-ringan dye buat kunyah-kunyah lagi. mengalahkan aku oiii. tapi eksyen..cakap dye takkan gemok. cehhhh.

hari tu mood ape ntah tibe-tibe ajak aku makan asam laksa dekat KSL..mengidam uols. lepas tu cakap aku pulak yang ajar dye makan asam laksa. kekekeee.

oke laa..kang makin banyak pulak aku membebel...bubbye.

" this is LJ official blog ♥ "