Daisypath Anniversary tickers

Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

"CROCS" HINA KALIMAH ALLAH

Assalamualaikum..


Subhanallah,
Alhamdulillah,
Allah Huakbar.

Saya agak terkejut apabila buka Facebook semalam apabila saya terjumpa satu page yang bertajuk "CROCS HINA KALIMAH ALLAH !!!". Page ini mempamerkan pelbagai gambar yang menunjukkan bahawa selipar/kasut CROCS ini menghina Allah SWT. Rupanya baru saya sedar bahawa lambang CROCS yang berbentuk seekor buaya ada kaitan dengan Kalimah Suci Allah SWT !!! Lambang tersebut ada di dalam kasut, luar dan juga tapak kasut. Ini merupakan satu penghinaan buat umat Islam !!!




Saudara-saudaraku sekalian, disini saya sebagai umat Islam ingin menyeru supaya kita sama-sama buka mata dan sedar bahawa orang-orang kafir diluar sana ada pelbagai cara untuk merosakkan/menghina umat Islam. Hari ini kita nampak depan mata selipar/kasut jenama Crocs ini menghina Allah SWT. Esok atau lusa mungkin mereka akan menggunakan cara yang lain.




Saya tahu bahawa selipar/kasut Crocs ini menjadi kegilaan buat anak-anak muda masa ini. Saya juga memperakui bahawa selipar/kasut Crocs ini cantik dan pernah meminatinya. Walaupun begitu, adakah kita mahu lihat mereka terus memijak-mijak kalimah Allah SWT dalam keadaan mereka sedar ataupun tidak. Jesteru itu kita hendaklah menyedarkan/tegur mereka serta beri pendedahan kepada mereka mengenai Crocs yang mereka gila-gilakan ini.




Saudaraku,SEDARLAH !!! kita sebagai umat Islam patut ada rasa marah apabila tahu perkara ini berlaku. Kita mesti tunjukkan rasa cinta dan sayang kita kepada Allah SWT dengan memboikot produk yang dikeluarkan oleh Crocs kerana itu sahaja yang kita mampu lakukan buat masa ini. Kepada yang sudah membeli, saya harap anda perlu berhenti daripada memakai produk tersebut. Kita juga perlu sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya Allah SWT pelihara kita sebagai umat Islam daripada pelbagai fitnah.

"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi & Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka" - al-Baqarah 120


ADAKAH KECINTAAN KITA KEPADA ALLAH BERNILAI RM20.00 !!!


BOIKOT MEMBELI !!!


BOIKOT MEMAKAI !!!


HEBAHKAN !!!


ALLAH HUAKBAR !!!


*lynn blm check lg kasut nazhif ade xlambang cmtu...masa ble hari tu xbelek2 smpai tapak kasut pn.

[sumber dri blog ummah]

Tiada ulasan: