Daisypath Anniversary tickers

Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

HARAPAN

sejujurnya aku kurang pengalaman dalam hal mengadu atau menjadi pengadu.
tanyalah parents or mana2 ahli keluarga aku..tak pernah aku mengadu segala hal yang aku hadapi.

dan kebanyakan yang kenal aku pasti akan terluah kata-kata ini;

"kau kuat shasha, aku tak setabah kau"

*pause*

Entry ini di-ilhamkan ketika aku sedang menonton drama..inspirasi untuk aku menulis; untuk aku berkongsi rasa.

"sayang, dia kutuk saya"  itu mengadu namanya.

Aku jarang dapat mengadu sesuatu hal kerana aku tiada siapa2 yang setia disisi..sebab itu aku lebih dikenali sebagai seorang yang lebih banyak memendam rasa, lebih banyak menyimpan dari meluahkan - terbiasa.

Aku tiada bahu untuk dijadikan tempat menyandar tatkala sedang menghadapi sesuatu..
Tiada paha untuk berbaring sambil bercerita tentang kegiatan seharianku..
Tidak ada lengan untuk dipaut tatkala aku ingin bermanja sambil menyampaikan khabar gembira..

Aku juga tidak punyai telinga si pendengar setia untuk berkongsi masalah..
Tidak akan ada pemeluk saat ingin tidur untuk sambil mendengar kata-kata indah..
Dan aku tidak punya jari- jemari kasar yang akan membelai tatkala aku sedang bersedih..

Tiada siapa yag akan memeluk aku dengan erat semata demi mententeramkan perasaan..
Tidak akan ada sesiapa yang akan mencium dahi saat aku rasa ingin dihargai.
Aku juga tiada siapa2 yang akan meghulurkan tangan kanan sebagai restu / izin untuk aku kemana-mana.
Dan tidak akan ada kata2 nasihat, peringatan yang akan aku dengar setiap kali ingin melakukan sesuatu.

Kerna

Aku perlu pandai menjaga diri...apatah lagi membawa diri biar kemana pun aku pergi.

Aku hanya dapat mengadu melalui alat komunikasi; berkongsi cerita, meluahkan rasa, menyampaikan berita dalam masa yang sangat terhad.

Jarak dan waktu sangat memisahkan.

Dan sekarang yang aku punya hanyalah buku nota bersama sebatang pen untuk aku luahkan sesuatu..beserta mini diari ekspress dimana aku catatkan segalanya di dalam handphone; peneman setia kemana-mana.

Seringkali merasa cemburu melihat orang2 disekeliling..yang nyata jauh lebih beruntung dan bertuah daripada aku.

Bagaimana rasanya perasaan itu, perasaan bila ada seseorang yang sentiasa berada disisi ketika susah dan senang..

#dan aku berharap akan ade seseorang yang kekal disisi - harapan.

" this is LJ official blog ♥ "

Tiada ulasan: