Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

Hidup Dengan Gaji 1K, Apa Dapat?

bukan takat kau, kadang2 mak aku, adik aku..semua sibuk tanya mana gaji aku pergi?

sini aku nak btaw...

Gaji aku bukanlah besar sangat, dengan RM1,000.00 sebulan apa aku boleh buat?

bayar tadika anak aku setiap bulan - RM255.00
bayar bil telefon utk 2 nombor - RM200.00
beli nugget, sosej, biskut, makanan utk anak aku bawak pergi sekolah/rumah - RM150.00
isi minyak kereta aku, katakan laa sebulan RM200.00

Baki dalam tangan aku - RM195.00

nak cakap aku beli baju..kalau aku beli sebulan selai dua pun, itu aku beli dekat kedai RM10
beli kasut/handbag - itu pun kalau aku memang ada duit lebih.
dulu bajet aku makan kat tempat  kerja lama satu hari RM5 je..skarang bila dah tukar tempat kerja bajet aku dinaikkan sehari dalam RM7-8.
tu pun pagi aku tapau karipap 5-RM2..aku makan sampai tengahari.
nasib baik paking free, tak kisah la kena jalan jauh sekalipun..kalau parking bayar sehari RM5.

lagi nak tanya gaji aku pergi mana, aku belanja tak ingat.

sini aku kirakan....

kalau sebulan aku kerja (aku kira bulan 4) kerja 22 hari..

metro (wajib aku beli setiap hari setiap pagi) - RM1.50 X 22 = RM 33.00
kalau aku beli karipap setiap hari - RM2 X 22 = RM 44.00
kalau aku makan tengahari (paling koman la nasi & ayam) RM5 X 22 = RM 110.00
kalau pagi aku tak beli kuih, tengahari aku tak makan tapi pagi aku dah bungkus nasi goreng dengan telur mata, aku biasa makan lewat sikit jadi tak delah perut aku lapa sangat, katalah dalam RM4 X 22 = RM 88.00

sebulan pun duit makan+metro paling tidak RM150.00..baki aku ada RM45.00

korang rasa apa aku boleh buat denga RM45???

benda yang aku beli sebulan skali Mastika - RM4.00
sebab aku jenis seorang yang suka membaca..

tengok kat mananya aku nak shopping untuk diri sendiri..
memang aku kaki jalan..semua orang ingat berjalan perlukan duit..kalau aku stakat jalan cuci mata..belikan anak aku mungkin nak air ke, nak roti ke..paling tidak coklat untuk diri sendiri.

orang tak paham.

jangan tanya mana gaji aku pergi, jangan cakap aku beli bukan2..kalau ye aku beli mainan kereta yang tak sampai RM10 untuk anak aku, itu dorongan/motivasi pada aku untuk dia terus nak balajar..biar dapat keputusan bagus sebagai hadiah untuk usaha keras dia sebagai tanda aku menyokong minat dia terhadap kereta.

orang cakap aku boros..sedangkan untuk aku beli sesuatu benda pun aku berkira-kira..
bab makan je aku tak pernah berkira. baik anak aku, mak aku nak makan apa ke..naksuruh balik kerja tapau ke..aku belikan.

" this is LJ official blog ♥ "

Tiada ulasan: