MiniDrift Batu Pahat - Part 1

Jumaat lepas, bengkel encik suami ade hantar crew maen drift dekat Batu Pahat, Johor.
haruslaah, puan isteri ikut kan, sebab last week maen dekat trek Melaka puan isteri ditinggalkan, maklumlaa..isteri sekarang keje ahad.
yang time kat Melaka encik suami tak maen pun, tapi pergi sana sebagai crew je..

so jumaat aritu, pukul 1 lebih kitorang gerak ke Batu Pahat.
sampai Dataran Penggaram tu dekat pukul 3 jugak tak silap aku. time tu baru lepas hujan..
masing-masing ada dari Segamat, Pontian yang dah sampai awal tengah training..


tengok hero nei, suka dye..
kalau dulu asal tanya je dah besar nak jadik apa, mesti jawap - pilot.
sekarang kalau tanya nak jadik apa, jawap - nak maen drift macam papa.

time nei aku duduk jelah tengok diorang training..tengok encik suami maen, fuhhhh.


tu dia, semangat..time training sebab jalan kering..cantik je masing-masing drift.

uols bayangkan, kereta nei la..aku naek dari JB sampai batu pahat..
sakit punggung uiii duk seat bucket lama-lama. dengan air cond takde, seat belakang takde..standart la kete drift / drag kan. dengan bawak tyre spare kat belakang.
pastu hujan, bukak tingkap sikit je takut basah kuyup lak karang. camtu pun, nyenyak jugak aku tido..hahaa. bangun-bangun je dah sampai air hitam, sempat encik suami sound "puas tido" kikikiiii.

kalau ikut spec..time betol-betol maen kene pakai helmet & glove. kalau maen yang besar-besar siap kene pakai sut, kasut khas untuk drift.
yang nei event minidrift je, boleh dikatakan acara amal kumpul derma untuk mangsa banjir yang dianjurkan aku tak sure siapa (rasanya batu pahat punya penganjur) dengan kerjasama Souther Drift & Lanman Drift Supporter.

sampai maghrib jugak la diorang training, dalam pukul 7 camtu..belum azan lagi.
habis je training, kemas-kemas semua barang..pergi makan dekat belakang bus stand..pukul 8-9 terus check in hotel.

1 malam RM58 je..ade 1 katil queen, mandi pun ade shower, aircond, siap ade tv lagi...sangat selesa.

aku je check in dengan hero kecik tu, suami aku dengan budak-budak tu pergi sambung training lagi sampai pukul 11 lebih tak silap.
time encik suami masuk bilik pun aku tak taw pukul berapa sebab aku dah tido pun..dah layan 2-3 cerita best kat tv9, tv2..lepas tu aku pun pengsan dengan si kecik tu.

konon-konon nak bangun pukul 8 pagi, sekali terlajak sampai pukul 8.30 am..tu pun sebab aku yang sadar. hahaa. maklumlah, katil hotel kan empuk siap aircond lagi..kalau boleh rasa macam tanak bangun. kikikiiiii.

bila member bilik sebelah call dengan yakin encik suami jawap "haa, aku dah bangun" suara pun lain tak macam orang baru bangun tido. aduiii, nak tergelak aku.

nanti aku sambung part 2 pulak...

" this is LJ official blog ♥ "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

:: tinggalkan kata-II manis mu ::