EL Migos vs Villa Nabila Punya Cerita

Jumaat lepas aku merajuk dengan encik suami..
habis, susah sangat nak kejut bangun pagi hantar aku pergi kerja...lepas tu membebel. comel. huhu.
perjanjian okey...setiap Jumaat encik suami kene hantar & jemput aku balik kerja..

so time dye jemput tu..aku masih merajuk laaa konon-kononnya.

"takde nak pergi mana-mana kan? terus balik kan?" dye tanya

aku pun geleng kepala je sambil cakap "takde"

sekali encik suami melencong masuk petron kampung melayu pulak..
lepas tu, melencong pulak pergi maybank larkin...g bank in duit rupanya.
aku still diam je. tak cakap, tak tanya apa pun....
lepas tu, straight je encik suami terus jalan berhenti pulak depan Lido..kebetulan air pasang, aku pun tengok laut je..sambil dalam hati aku "cehhh, benti sini nak potong kuku je."

sekali time dah gerak tu, aku pun bersuara laa "jom tengok wayang."
sebab aku taw..takde maknanye encik suami tu nak terus balik awal..suami saya, saya kenal la. huhu.

terus la ke CS...
ape-ape hal pun beli tiket dulu...citer start 4.20 PM...tengok jam  baru 2.50 PM...
jalan-jalan dulu, perut aku memang dah lapar sebab dari pagi belum makan..


sesekali, try la makan kat EL Migos pulak...

aku order Teriyaki Chicken Chop, fuhhhh....sedappp sangat juicy uols.
encik suami makan BBQ Chicken Chop...
ade pulak side order Calamari Rings....fevret aku, tapi encik suami yang makan lajuuuuuu je.

kalau aku taw makanan semua dalam kuantiti yang besar & banyak camnei...
memang aku tak order chicken chop beger yang anak aku makan tu..

pape pun, memang sangat sedap & kenyang...berbaloi la dengan harga. puas hati.

ngam-ngam habis makan, wayang pun nak start dah...terus la masuk panggung.
aku cuma nak komen sikit je pasal citer Villa Nabila tu "boleh dikembangkan lagi"

seriusly uols, 1 JB kot taw pasal citer Villa Nabila..kisah seram yang berlaku dalam tu.
ape cerita misteri disebalik rumah tinggal tu..

pada aku documentary yang pembuat citer bebas nei cuba sampaikan tak jelas, karya yang tak jujur...sebab banyak sebenarnya kisah seram yang ada.
dan aku rasa dia bukan la orang JB..dengan cara cakap seriusly...poyo giler.

setakat ditinggalkan oleh camera man dekat situ 2-3 jam..boleh la dye cakap, takde pape yang mengganggu la, tak nampak ape-ape yang ganjil bagai....
cuba stay 1 malam..atau datang dengan niat nak suka-suka ke...lagi satu kadang2 orang macam nei yang nak menunjuk-nunjuk pun, 'benda' tu malas nak amek port jugak.

jin, syaitan, iblis tu semua wujud..tapi kalau mata kasar manusia nei boleh nampak....tak cukup tanah semua orang aku rasa. elak tak sempat lari dah pitam terus.

" this is LJ official blog ♥ "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

:: tinggalkan kata-II manis mu ::