Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

Home Made Resepi Tahu Telur Isi Udang

Nyummy..nyummy....
Sendiri buat tapi tak puas makan uolsss...sebab dapat sikit je, yang makannya sampai 4-5 mulut. huhuu.

hari tu tengah dok scroll-scroll FB..skali nampak la ade sorang nei share la resepi tahu telur.
macam best je aku tengok kan...so aku pn re-share la balik resepi tu.
sebab nak try buat..


abaikan yang atas skali tu..terlebih garing lak. hehe.
pehhhh, tak sangka..sedap betol aku buat. encik suami pn cakap sedap. kikikiiiii.

resepi serius senang uols...sampai skang aku boleh ingat lagi.

isi udang / ayam
daun bawang / sup
cili potong

Bahan kisar :

4 keping tahu
1 tiub tahu jepun
4 biji telur

bahan-bahan kat atas nei uols blender (kisar).
jangan letak air banyak sangat taw..nanti jadik lembik, tak jadik pulak. biar kenyal-kenyal sikit.

lepas dah blender hancur semua..masuk dalam mangkuk / loyang..masuk kan isi udang, kacau.
masukkan la serbuk perasa & garam.

lepas tu kukus sampai masak.
dah siap kukus, simpan sejukkan dalam peti ais atau pun biarkan saje.
dah sejuk, potong la ikut size korang suka...nak potong macam kuih 4 segi pun bole.

pukul telur mcm nak buat telur dadar...celup tahu-tahu yang dah potong tu, goreng.

nampak macam susah ea..padahal, alahaiiii tutup sebelah mata je uols.
masa aku buat nei dapat 1 loyang je..tu pun dapat nipis je, dalam 1 inci..so kalau korang nak buat banyak..pandai2 la double kan bahan2 tu ye uols.

1. kisar
2. kacau dengan isi-isi
3. kukus
4. sejukkan
5. goreng

5 step je sebenarnya. aku buat malam, jadiknya dah siap kukus aku simpan dalam fridge..esok pagi baru aku goreng buat sarapan. makan dengan nasi goreng pun sedap.

selamat mencuba uols.

" this is LJ official blog ♥ "

Tiada ulasan: