Bawak Orang Jauh Berjalan

Sehari selepas majlis bertandang..aku dengan encik suami bawak la budak-budak viva avy tu berjalan.
malam tadi member kitorang bawak diorang berjalan..pergi Restoran Singgah Selalu, lepak Lido, Lepak depan Istana..jalan-jalan kat pasar karat.

so pagi tu, lepas aku dengan encik suami siap basuh segala pinggan mangkuk, periuk bagai...
dah siap kemas-kemas semua..terus la siap-siap keluar..
janjinya pukul 11 pagi..tapi pukul 12 jugak sampai depan homestay diorang...


masa aku sampai..budak-budak nei semua baru lepas tapau sarapan.
kiranya masing-masing tengah makan roti canai..

lepas tu bila ditanya nak kemana masing-masing cakap nak pergi restoran akuarium..
layankan aje..lagipun tak jauh dari rumah aku..5 minit je sampai.


apa yang best dekat restoran nei ialah..keliling meja semua akuarium..
sambil makan nampak la ikan berenang-renang..
korang try search google Restoran I-Takala..setahu aku cawangan lain dekat Air Hitam..
lain-lain lagi aku tak taw. hehe.

lepas makan aku bawak la pulak diorang nei pergi berjalan dekat Country Garden Danga Bay..
satu jalan diorang nak naek tol Skudai..so takdelah nak pusing-pusing...

yang depan pakai spec baju couple 2 orang tu memang giler selfie..
kejap-kejap selfie, jap lagi carik port lain pulak, lepas tu tukar tempat lain pulak...

petang tu pukul 3 lebih diorang pun gerak la balik tempat masing-masing. hehe.
by the way thanx sudi datang majlis kita jauh-jauh.

" this is LJ official blog ♥ "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

:: tinggalkan kata-II manis mu ::