Daisypath Anniversary tickers

Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

Tanda Awal Sakit Jantung

Dalam kehidupan banyak dugaan. Macam apa yang aku lalui. Terlalu banyak.
kalau korang ingat..aku disahkan hamil 2-3 bulan yang lepas. berita tersebut tentulah menggembirakan aku sekeluarga.

tapi......dalam kegembiraan ada kesedihan yang melanda.

aku mabuk teruk. muntah-muntah..alahan aku sangat-sangat teruk. badan jadik lembik tak bermaya sampai aku pergi berurut. jangan ingat lepas urut aku oke. aku tetap tak oke.
lastly aku amek keputusan ajak suami pergi hospital.

aku disahkan badan kurang air & garam selepas ujian darah dilakukan.
dari green zone aku dipindahkan ke red zone..unit kecemasan yang perlu rawatan segera.
aku kene tahan lebih kurang 2 jam untuk masuk air & garam sebanyak 4 botol.... lepas tu aku terus kene masuk wad.
ini kali ke dua aku masuk wad... kali pertama aku kene refer dari KK ke hospital sebab kurang air.
bayangkan setiap masa aku muntah..satu hari dekat 10 kali aku muntah.
minum muntah, makan muntah..tak makan tak minum pun muntah sampai keluar darah.

kali pertama aku duduk wad 3 hari...hanya rawatan biasa je. masuk air.
tapi kali kedua aku duduk 4 hari...kene masuk air, masuk garam..kene masuk HDU pantau jantung.
hasilnya dapat detect jantung aku bengkak.
setiap hari doctor datang amek darah. jarum? hehe. aku tak takut jarum pun..doctor nak amek darah, aku tadah jela..bukan sakit mana pun. macam kene gigit dengan semut api je.

patut la masa aku umur lebih kurang 9-13 tahun aku kerap sakit kepala. tapi bila check doctor kate takde pape. biasa je. bukan migrain or something else.
tapi rupanya..kalau korang baca tanda-tanda awal sakit jantung...ada jawapan dekat situ.

dekat hospital..aku boleh makan macam biasa. berbanding dekat rumah..langsung tak boleh makan.
doctor hari-hari tanya "tangan ada kebas tak? ada rasa berdebar-debar tak?" rupanya tu semua tanda awal sakit jantung bila aku buat research dekat mr. google.

sekarang aku dekat rumah..tapi tangan aku tengah kebas-kebas dari masa aku keluar wad sampai lah aku tengah menaip update blog nei.

lepas nei aku ada 3 appointment dekat hospital yang berkaitan dengan masalah jantung aku.
harap-harap aku boleh sihat seperti sediakala hendaknya.
doakan kesihatan aku ye semua.

" this is LJ official blog ♥ "

Tiada ulasan: