dekat fb ade beribu page troll..tak kira la ape nama page..diorang akan troll apa yang diorang salah tak betol & salah. baek sukan, kisha hidup orang, aib orang.....semua kene troll.
aku nei taklah kaya. tapi bak kata geng-geng kereta "hobi kami mahal" dengan slogan "haters gonna hate"
kalau ye pun tak boleh nak support sukan permotoran dekat Malaysia nei. tak payah la sampai nak kutuk.
nak troll. nak hina kereta-kereta kami. nak kondem bagai.
ade yang sampai cakap. kami tak mampu nak beli kereta besar sebab tu la kereta kami mengarut-mengarut.
kami tak pakai duit hang pa pun. bulan2 pun kami bayar sendiri.
nei luahan aku la sebagai peminat kereta, ahli komuniti kelab kereta.
nei kereta aku. satu kepuasan bile tengok kereta sendiri. betol. seriusly.
selalu kalau aku pergi isi minyak. brader bawak merc ke, bawak camry ke dok pandang-pandang aku..tak herannya aku. aku lebih bangga dengan kereta aku.
paling best kereta aku jadi perhatian. parking la kat mane pun. ade je yang amek gambar. yang puji. yang cakap kereta cantik la..comel laa. kalau kat trafik lite lagi la. ade skali tak sempat aku nak turun kereta, datang bapak budak cakap anak dye nak amek gambar. silakan.
bukan masalah mampu atau tak mampu nak beli kereta besar. tapi lebih kepada minat dan kepuasan diri masing-masing. aku puas bila dapat solek kereta sendiri. cantikkan kereta sendiri. join aotoshow. sebab aku dapat kenal ramai orang, dari pelbagai latar belakang. aku boleh belajar bab-bab kereta. dari segi spare part, body part, mane lubang-lubang cat kete, enjin bagai semua tu...ilmu kan.
jangan cakap sebab aku perempuan. perempuan lah lebih ramai dari lelaki. perempuan lagi maen kereta-kereta besar. baek stance, fitment, lowed, bab menghias, performence....
macam aku sangat minat drift, aku minat bab2 lumba kereta..tunang aku sendiri dalam proses blajar drift. bab-bab berembat nei...rajin jugak la aku slalu kat highway. hehee. pantang ade yang ajak. betol uols. kadang tengah2 feeling layan lagu kat highwaykan. skali ade kereta tonjol, tak pun..hmm camne nak cakap ea (faham2 sdrik laa) terus...memang pijak habis punye. padahal tak kenal pun.
hero aku pun peminat kereta. banyak giler koleksi kereta dia. setiap kali keluar je beli kereta. offer la robot ke, patung ke, kereta api ke..tanak. tetap kereta hot wheels yang kecik tu jugak.
ade kawan aku. kete sampai 2-3 biji. kete keje lain. kete family lain. kete autoshow lain.
macam aku. tulah satunya kete aku pergi keje, pergi jalan..pergi berkumpul, join autoshow. kos nak bikin/solek kete nei bukan kecik-kecik. ikut kemampuan buat sikit-sikit. baru kete jadik rare. tak minta duit oranng pun. join autoshow pun bukan join kosong. ade rezeki menang. silap-silap balik modal.
so uols. sebagai peminat tegar, kitorang tak minta banyak.
just respect us. respect each other. support our local scene. our culture. dan bila korang berada di atas kaki aku, korang akan paham apa itu makna kepuasan diri sendiri. sekian.
" this is LJ official blog ♥ "
4 ulasan:
yeahh! Jom sokong ~
Semuga sentiasa menjana idea yang lagi hebat.. Keep it up sis.
Komen No 88
http://jomsantaisekejap.blogspot.com/2014/08/jom-blogcomments-4.html
cantik kete
cantik sis.. unik.. saya pun suka pinky2.. :D
Catat Ulasan