Daisypath Anniversary tickers

Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

...Keberkatan Susu Badan...





AMALAN penyusuan susu ibu sering dikaitkan dgn budaya tradisional oleh ibu yg mdakwa diri mereka lbh moden. Pelbagai tanggapan negatif dilemparkan mengenai amalan penyusuan itu dgn menyatakan kaedah itu menyebabkan susuk bentuk badan berubah & akan kelihatan tidak menarik.

Malah, ada yg mpunyai persepsi mberi susu formula lebih mudah krn terikut-ikut aliran trend moden yg ingin mjimatkan masa. Tidak kurang juga ada segelintir ibu yg kurang yakin pada diri sendiri utk menyusukan anak mereka lantaran bimbang payu dara mjadi sakit, bengkak atau mjadi kendur.

Betulkah semua tanggapan sedemikian?
Sebenarnya payu dara wanita adalah anugerah Allah yg amat istimewa krn dpt mbekalkan susu utk anak2 mereka. Kaedah penyusuan susu badan mengandungi hikmah cukup besar kpd ibu & anak. Ketahuilah penyusuan itu bkn saja digalakkan dlm Islam malah hal itu diakui pakar pemakanan & kesihatan yg menyatakan susu ibu adalah yg tbaik utk bayi. Hakikatnya pd tahap awal pbesaran seseorang bayi, mereka sgt memerlukan khasiat pemakanan yg baik & sesuai utk mhindari sebarang penyakit. Susu ibu mpunyai antibodi yg utama utk melindungi bayi drpd jangkitan kuman, virus & bakteria terutama pd bahagian usus & paru-paru bayi itu. Pberian susu badan adlh yg tbaik krn ia sesuai dgn sistem pencernaan bayi. Atas faktor itulah kita dapati bayi yg menyusu badan akan meminum susu lebih kerap bbanding bayi yg meminum susu formula. Hal ini disebabkan susu ibu itu mudah hadam. Ibu seharusnya menyedari seseorang bayi secara fitrahnya tdk dpt menerima makanan yg keras krn keadaan sistem penghadaman mereka blm mcapai tahap matang.

Justeru, susu ibu lbh sesuai & bkesan utk bayi mereka krn lbh halus & lembut. Satu faktor yg ibu harus fahami ialah menyusukan bayi dgn susu sendiri dari segi psikologi akan memberi kesan positif pd pertumbuhan & perkembangan mental.

Hal itu diakui oleh pakar Barat yg mengkaji kebaikan susu ibu. Sekumpulan penyelidik dari Adelaide’s Flinders Medical Centre, Amerika Syarikat melaporkan bayi yg diberi susu ibu 40 peratus lebih cerdas bbanding bayi susu formula. Ini mbuktikan susu ibu dianugerahkan Tuhan utk bayi sepatutnya diambil peluang sepenuh oleh ibu. Susu ibu sgt bkesan utk perkembangan otak bayi krn tdapatnya kandungan DHA, iaitu sejenis asid lemak yg mampu btindak meninggikan tahap perkembangan mental bayi.

Dgn itu dpt difahami jika seseorang bayi menyusui dada ibu lebih kerap 7 dlm tempoh yg lama, tentu akan mberi impak positif kpd pertumbuhan & perkembangan mental. Keadaan ini bsesuaian dgn kehendak Islam yg sangat menggalakkan ibu menyusui bayi mereka.

Firman Allah dlm Surah Al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud: “Ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bayi yg ingin menyempurnakannya.” Maksud intipati ayat itu ialah satu kewajipan buat ibu menyusui bayi mereka & seharusnya menyempurnakan hak bayi utk menikmati & mendapat kebaikan susu ibu.

Susu ibu juga pengikat kasih sayang antara ibu & bayi. Dgn belaian mesra, pelukan erat dlm dakapan ibu akan mengalirkan unsur kasih sayang sejati yg tiada taranya antara ibu & bayi. Bayangkan, dlm kenikmatan yg tdk tnilai yg dialami bayi semasa proses penyusuan mbuatkan bayi itu terlena. Malah, bayi berasa aman, selamat & harmoni dlm dakapan seorang ibu semasa meminum susu ibu mereka. Indahnya anugerah Allah. Ibu seharusnya bangga dpt menyusukan anak2 mereka krn inilah darjat ketinggian seorang ibu yg dianugerahkan Allah yg tdk dikurniakan kpd golongan bapa. Apa tidaknya, krn susu yg diminum oleh bayi mereka bkn saja sbgai tali pengikat kasih sayang yg luhur murni malah mjadi komponen asas proses pembesaran bayi. Disebabkan itulah dlm Islam mewajibkan seorang anak itu sentiasa mhormati & mjaga ibu mereka sbgai tanda kasih sayang & thutang budi mbesarkan mereka.

Firman Allah dlm Surah Al-Isra’ ayat 17-23 yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jgn menyembah selain Dia & hendaklah kamu bbuat baik kpd ibu bapa dgn sebaik-baiknya. Jika salah seorang antara kedua-duanya sampai lanjut dlm pemeliharaanmu, maka jgn sekali-kali kamu mengatakan kpd kedua-duanya ‘ah’ & jgnlah kamu mbantah, menengking & menyergah mereka & ucapkanlah perkataan yg mulia.”

Alangkah murninya suruhan Allah kpd kita semua & betapa mulianya darjat kedua-dua ibu bapa kita di sisi Allah. Namun demikian kita amat sedih mbaca laporan Kementerian Kesihatan yg dikeluarkan pd 2008 menyatakan budaya penyusuan badan di kalangan ibu di Malaysia kini berada pd tahap sgt rendah, iaitu hanya 14.5 peratus drpd mereka yg mengamalkan kaedah itu kpd bayi sehgga berumur enam bulan. Masalah itu bpunca drpd kejahilan mengenai nilai susu badan, kurang sokongan anggota keluarga & kaki tangan penjagaan kesihatan serta kembali bekerja sebaik saja tamat tempoh cuti bsalin yg diwajibkan. Menurut laporan itu lagi, faktor lain ialah kesan atau pengaruh iklan komersial makanan bayi yg menggambarkan seolah-olah ia sama manfaatnya dgn susu ibu.

Sedarilah ibu bhw penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu yg sukar dilakukan & tdk langsung mdatangkan kesan sampingan kpd diri ibu & bayi malah mjadi sumber pemakanan tbaik. Gunakanlah anugerah Allah itu sebaik mungkin krn susu ibu sesuai sepanjang zaman. Binalah keberkatan mbesarkan anak2 dgn mberi susu sendiri. Menepati kehendak agama & bkhasiat menurut kajian saintifik.

~sumber dipetik dari akhbar harian metro~

Tiada ulasan: