Daisypath Anniversary tickers

Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

B.O.S FAMILIA - Ultras

untuk sesiapa yg tak tahu tentang kewujudan Ultras Selatan...
mehh LJ share cket pasal dowg nehhh.


Apa Itu ULTRAS ?

Ultras pada mulanya bertapak di Itali dan berasal dari perkataan Itali 'oltre' yang membawa maksud 'beyond' atau dalam bahasa melayunya di luar kotak atau melebihi segala-galanya. Menunjukkan di sini, Ultras tidak sama dengan penyokong biasa. Ultras mahukan satu kelainan dan perbezaan di dalam menyokong serta sanggup melakukan apa sahaja demi pasukan yang di sokong sehingga boleh meragut nyawa sendiri.

Seseorang Ultra tidak mempunyai nama dan pengenalan diri. hanya rakan terdekat yang mengenalinya. Pakaian seseorang ultra melambangkan mereka tidak mengikut trend masa kini dan lebih selesa bersama hoodie atau jacket hitam yang menutup imej mereka.

Ultras sanggup meredah hujan dan panas terik untuk datang lebih awal sebelum pasukan yang di sokong memulakan perlawanan. Dengan kata lain. Ultras lah golongan pertama akan tiba di stadium.

Bola Sepak membuatkan Ultras ini cukup bersatu di bawah satu panji. sanggup berkongsi makanan dan langsung tidak pernah hirau tentang duit yang mereka keluarkan. Kerana semangat di antara mereka adalah lebih penting dari segala-galanya. Jika salah seorang di landa masalah. Semuanya akan turut bermasalah.

Ultras ini cukup terkenal dengan fanatik mereka yang terlampau gila di dalam bola sepak. Hanya yang betul-betul gila akan menyertai Ultras dan mereka sanggup membuat apa-apa perkara yang di luar jangkaan setiap kali menyokong pasukan mereka. Pyro, Choreo, Tifo, Corteo serta macam-macam lagi yang akan mereka lakukan untuk membentuk Suasana sebenar menyokong dalam bola sepak.

Ada yang mengatakan Ultras adalah golongan yang jahat dan kejam. Namun semua itu adalah salah sama sekali. Ultras pada mata orang lain adalah tukang gaduh. Tetapi sebenarnya. Ultras lah yang menjadi benteng pertahanan utama dan mewakili semua penonton yang lain untuk mempertahankan panji mereka. Ultras akan bertindak jika mereka di serang. Dengan kata lain. Jika anda mencari pasal dengan Ultras. Itu satu silap yang besar. Ultras bukan bergaduh sesuka hati. Tetapi adalah demi sayang dan cinta mereka yang tidak berbelah bahagi kepada bola sepak.

"For those who have been involved, no explanation is necessary, for those who haven't,
no explanation is possible"

#RESPECT


" this is LJ official blog =) "

Tiada ulasan: