Jumaat - 12.12.2014
Encik tunang dah memang cuti Hari Jumaat, aku nei hari Jumaat pun masih kerja lagi..tapi sparuh hari je sampai pukul 1 petang. Jumaat aku memang kerja separuh hari pun, sabtu cuti..ahad kerja. huhu.
balik keje encik tunang pun bawak aku pergi servey set bilik tidur.
pergilah kedai perabot kat area Ulu Tiram tu..dah pilih-pilih, belek-belek..akhirnya keputusan pun dicapai.
bagusnya tunang aku nei, semuanya...
"mama nak yang mane? ikut mamalah. mama dah pilih belum?"
so, lepas aku dah pilih 1 set bilik tidur dengan robok yang besar tu...terus, tunang aku cakap. oke nanti petang bawak ayah datang skali..bapak mentua aku biasa beli barang kat kedai nei, dah kenal.
lepas tu, encik tunang bawak la aku pergi Kota Tinggi. time nei aku memang nak carik tudung buat pakai nikah. veil aku dah beli skali hari tu, tinggal tudung je.
lepas je dapat tudung cream yang dicari-cari. encik tunang ajak aku berjalan dalam Plaza Kota.
sbenarnya, sejak 2-3 hari yang lepas..tunang aku nei asik cakap pasal Tab 3 la, nak tukar handphone laa...
jalan-jalan dalam Plaza Kota tu, sibuk la tengok-tengok Tab 3. skali betol-betol uolsss....aku ingat tunang aku nei maen-maen bila aku tanya dye nak beli ke..dye jawap, ikut aku laa.
tingggg !!!
Tab 3 Lite tunang aku belikan senang untuk aku buat bisnes katanya.
wahhhh, macehhhh sayang.
balik je dari Kota Tinggi singgah rumah tunang aku, lepas tu bawak ayah dye pergi kedai perabut tadi..bukak bil, bayar deposit terus...esok barang hantar kata tokey kedai tu.
macam nak terkeluar jugak biji mata aku tengok bil..set katil + tilam je dekat RM3K camtu je tunang aku bayar. Tak cakap banyak, tak tanya banyak pun masa aku pilih.
malam tu, kitorang keluar lagi..tapi kali nei bawak adik & kakak tunang aku skali.
pergi bazar karat buat inai.
haaa, tengok..buat inai simple camnei je dengan tunang aku 6 jari je..pun kene RM55.
oke la kan..
haishhh, dup dap dup dap....hehe.
Sabtu - 13.12.2014
Aku dengan encik tunang, keluar pergi tesco beli bantal, beli sarung cadar,beli la apa-apa yang patut lagi. nak wat camner...beli set katil tak dapat free bantal. huhuu.
lepas tu g beli tikar getah....
masa beli tikar getah lagi laa...masuk-masuk je kedai tu, aku terus pilih ade 1 corak tu. cantik. ala-ala batu kecik-kecik.
skali lepas je tunang aku bagi ukuran meter, apek tu cakap tikar getah aku nak tu tak cukup.
suruh pergi tengok corak lain dekat belakang, aku pun menonong laa ikut tunang aku gi belakang. tunanag aku suh pilih..alahaiii, corak sama semua kaler je lain-lain..ijau, kuning, hitam, biru, ungu....
"sama je semua, kaler je lain. bole jela yg nei kaler hitam."
lepas tu pergi balik depan, tangan aku masih lagi tercuit-cuit tikar getah mula-mula aku berkenan tu.
apek tu tak habis-habis cakap tak cukup, sebab tikar tu tadi dye dah potong 15 meter.
"takpelah mama. kita curi-curi sikit. mana tempat yang tak cukup tu tutup dengan katil ke almari ke"
see, tunang aku nei memang memahami betol.last-last tetap beli yang aku berkenan tu.
balik terus pasang tikar getah..cehhh, muat sangat 1 bilik. siap ada lebih lagi boleh psanag dekat lagi 1 bilik. aptb la apek tu, cakap jelah nak suh kitorang beli segulung yang baru. konon tak cukup la, apelaaa...
kebetulan set katil pun sampai...terus la sapu, lap-lap, bersihkan susun semua...settle.
hehee. heaven uols.
" this is LJ official blog ♥ "
2 ulasan:
bagusnya..:)
sweetnya dapat tab..tahniah la..lebih senang bisnes lepas ni :)
Catat Ulasan