Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

Sotong Sumbat Goreng Berempah.

Hari rabu lepas..aku singgah tesco lepas balik keje.
Beli sotong stengah kilo, boleh tahan besar jugak laa.
NIat aku nak try masak sotong sumbat untuk encik suami kan asik tertangguh je..alhamdulillah tercapai jugak akhirnya.


nahhh, sotong sumbat goreng berempah versi aku. hehe.
asik masak sotong itam je..sesekali tukar selera pulak la ye.

resepi aku senang je...

goreng telur dadar (hancur)
goreng kentang (lenyek-lenyek)

lepas tu gaul la telur dengan kentang yang dah lenyek tu. agak korang rasa oke je, sumbat dalam sotong tu..lepas sumbat penuh-penuh, cucuk lidi..jangan bagi isi terkeluar.

lepas siap semua.

tumis - bawang merah + bawang putih + cili api + daun kari
tumis sampai naek bau, baru masuk sotong pulak..goreng la sotong tu sampai separuh masak...
sotong tu aku dah lumur dengan sikit serbuk kunyit, serbuk ketumbar + serbuk jintan manis.
nak bagi lagi epik rasanya..gaul sikit dengan lada hitam.

time nei seram pulak aku tengok sotong tu bulat-bulat mengembang, takut meletup. hujung-hujung sudip je aku tebalik-tebalikkan sotong tu. hehe.

lepas tu masukkan 1 sudu serbuk kari daging..masuk sedikit air + santan pekat.
kacau la rata-rata. bagi kene semua.
dah siap dihidang..5 ekor sotong aku masak, nak bagi lagi senang makan, sotong tu korang potong la 2-3 kerat. habis licin 5 ekor tu suami aku makan.
aku makan kangkung goreng belacan je..hehe. feveret!

psst : ehh, mesti korang kata "alaa baru-baru kawen rajin la masak tuk laki" kannn. hmm, aku nei bab masak takdelah pandai sangat, tapi kalau ape yang aku nak masak bahan semua cukup. confirm memang rajin aku masak.

" this is LJ official blog ♥ "

2 ulasan:

lia ummiirfan berkata...

sedapnyaaa... tq kongsi resepi! : )

.:: Schaz ::. berkata...

sama-sama lia ummiirfan, selamat mencuba :)