Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

Tarikh Istimewa 14.12.2014

Alhamdulillah.
akhirnya, status aku dah tukar taw uols...aku dah sah menjadi isteri kepada lelaki tercinta pilihan aku. cewahhhh. ayat boleh pitam. kikikiii.
ehhh, betol la..takkan aku nak kahwin dengan lelaki yang aku tak cinta sayang pulakkan.

dahh-dahhh..lebih-lebih kang ayat jiwang keluar. muntah hijau korang nak baca. hahahahaa.

14.12.14 - mak aku yang pilih tarikh nei.
biasalah orang tua kan. mak aku cakap tarikh nei bagus. tarikh kewangan gittew la maksudnya.

pagi tu, pukul 7 aku dah bangun. sempat aku jengah yang lain tengok dah bangun belum.
lepas tu, aku terus gosok baju nikah dulu baru mandi..siap-siap.
aku make up sendiri je..takde amek mak andam pun. baju pun beli sendiri dengan bakal suami aku.
kaler cream. hehee.

tapi, lepas aku siap...yang buat aku panas hati...family aku siap lagi lambat dari pengantin nei.
pengantin pukul 8.10 dah siap..lagi sempat balas-balas wasap. mak pengantin, adik-adik pengantin tak turun lagi.
nak nikahnya pagi pukul 9 taw.

on the way dalam perjalan tu..sempat la aku wasap bakal suami (belum sah lagi) hehe
dye kata dah sampai, sajalah aku nak suh dye antar gambar...


tarrraaaaa !
macam hang jebat komen member aku. aptb.

untuk pengetahuan korang, aku nikah dekat pejabat agama. sebab ruma aku, bersepah tengah sibuk-sibuk masak. lepas nikah, petang nanti ada jamuan kecil untuk jiran-jiran, saudara-mara terdekat & member yang rapat-rapat je.


time nei, tengah menunggu dalam bilik pelamin.
aku kira-kira ada laa dalam 6-7 pasangan je pengantin. tapi rupanya bila majlis nak mula, ada 16 pasangan penantin nak nikah sama.
16 pasangan pengantin dibahagikan dengan 3 tok imam. nikah serentak la kiranya. cepat sikit siap.

dah settle je tok kadi tu cop sign borang penganting semua, dah tanya pengantin perempuan setuju tak setuju, dah tanya wali, dah akad wali selesai semua....

teruslah, tok kadi tu mengadap bakap suami aku....

"aku nikahkan dikau dan aku kahwinkan dikau dengan ...................... dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai"

suami aku pun jawaplah akad tu....sekali lafaz, sah !

kalau nak ikutkan, member-member aku semua cakap, kalau suami aku nei boleh akad sekali lafaz je..diorang respect. sebabnya, nama aku nei susah nak sebut..boleh berbelit lidah. hahahaa.
tok kadi tu yang 2 kali nak akad taw. dah nama aku panjang, nama suami aku pun panjang.

settle je semua, suami aku pun pusing ke belakang mengadap aku.
time nei tok kadi tu suruh bagi mas kahwin & sarung cincin masing-masing.
lepas tu tunggu apa lagi, salam cium tangan laa...

aduiii, yang laki aku nei nyakat suruh cium tangan dye kuat-kuat, lepas tu tekan-tekan kat hidung aku. grrrrrrr


majlis pun selesai.

ehhh, sebenarnya banyak lagi gambar aku nak share. tapi gambar semua dalam camera member aku, dye belum bagi lagi gambarnya kat aku. so aku tunjuk dulu la mana yang ada ye uolsss.

doakan perkahwinan aku berkekalan & bahagia hingga ke Jannah. Amin.

" this is LJ official blog ♥ "

4 ulasan:

Normi Nieza berkata...

tahniah..moga kekal till jannah.

Dila Kazuha berkata...

Alhamdulillah tahniah yer~

semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa ^^

.:: Schaz ::. berkata...

Thanx dear Normi Nieza :)

.:: Schaz ::. berkata...

thanx dear Dila Kazuha :)