hye uols. selamat tengahari.
selasa kelmarin, aku bawak mak aku balik kampung..saje je nak balik katanya.
kampung aku nei best..sebab betol-betol kampung...ade kebun nenas, kelapa sawit, ade parit, tali air...
takdelah jauh mana pun..dalam 45 minit perjalanan je.
ofcoz la bos kecik nei ikut kan..
sambil-sambil tu aku duduk-duduk la tepi parit nei..yg hero nei pulak sibuk kutib batu campak-campak dalam parit.
"cuk, nak mandi tak? sini boleh mandi taw. dulu mama mandi kat sini la." aku cakap dekat anak aku.
skali anak aku jawap "mane boleh mama..nanti ade ikan cmne?"
alaaa..setakat ikan sepat, puyu kecik-kecik kat dalam tu..kalau ade yang besar pun ntah ikan haruan mana la sesat dalam parit tu terabur menyorok. hahahaaa.
dalam gambar tu, air parit surut..time penuh takyah citer la..
bole terjun tiruk dalam tu ramai-ramai.. kikikiiii. serius, tak tipu.
tapi seriusly uols, generasi skang macam anak aku..sangattttt rugi.
ajak mandi parit macam nei pun..cakap takut la, kotor la, ade ikan la, tak boleh mandi la...
aku dulu balik kampung..pantang dapat peluang, hilang je..taw-taw dekat parit tengah berkubang. balik rumah kuyup..tersengih-sengih semua kene bebel...
air tu nampak je macam kotor, keruh kan...
standart la air parit tanah gambut kaler air kopi...padahal bersih & jernih.
pehhhh, kenangan uiiii..zaman tahun 90'an dulu...
habis semua parit aku terjun, tak cukup tu..dekat tali air takyah cerita la..siap bawak pongkes nei nak menyauk berjemaah.
dapat yang hidup-hidup bawak ballik masuk akuarium, bela..siap bela dalam tempayan lagi..haha.
paling best masa sauk anak udang kecik-kecik...freshhhhh. balik terus goreng, gaul dengan garam..duduk bersila ramai-ramai makan.
jangan tak percaya uols...dalam parit camnei..bawah lalang, rumput air tulah banyak anak udang putih taw.
lepas tu, masuk kebun pulak..
bawak parang, pergi amek batang yang pelepah kelapa sawit tu nak buat pancing..cari cacing bagai.
maen masak-masak belakang rumah. maen tanah gambut bagai, maen api...silap hari bulan, taw-taw kene jerit je. terabur semua lari.
belum aku cerita bab panjat pokok lagi...
kene pulak belakang rumah nenek aku tu pokok rambutan 5-6 pokok, cempedak, pokok manggis, pokok petai, pokok kelapa...habis emua sampai patah dahan dikerjakan kitorang.
cazen aku ramai...semua pulak sebaya je lebih kurang.
zaman skarang..
semua balik kampung pun masing-masing mengadap dengan gajet, hp 24 jam tak lekang...
madang dok carik line internet nak on9..takpun, mengadap tv je...
aku rindu semua tu.
" this is LJ official blog ♥ "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan