Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

Chicken Spaghetti Bolognese Untuk Encik Suami

betol la uols..
kalau dah jadik isteri nei kan... hari-hari nak pikir, arini nak masak ape, malam nak makan ape, esok nak sarapan ape...sampai ke sudah.

puas aku pikir nak masak ape...
last-last aku amek keputusan nak masak spaghetti je..senang. dinner + supper western sikit...

so balik keje tu, aku pun singgah la Tesco beli bahan-bahan masak...


tunggu encik suami balik kerja pukul 11 malam...
lepas tu aku terus hidang 1 pinggang penuh bagi dye makan...kikikiiii.
habis licin uolsss....

selalu kalau aku letak banyak, dye mesti complain cakap banyak tak habis...
tapi kali nei, diam-diam..slow-slow dye makan sampai habis....

sampai bff aku pun cakap sedap giler...
dye kalau buat spaghetti mesti tak jadik katanya...kuar cair ke ape, tak ingat sangat aku dye cakap...
malam tu bff aku datang ruma aku lepak-lepak jap...dapatlah dye merasa air tangan bini orang nei. hehe.

meh aku kongsi sikit simple resepi aku nei....

spaghetti
1 tin kecil sos prego
isi ayam (potong / hiris kecil)
2 sudu besar cili boh (untuk rasa sedikit pedas)
3 ulas bawang putih (cincang)
cendawan butang (hiris)

1. panaskan sedikit olive oil.
2. tumis bawang putih sampai naek bau
3. masukkan isi ayam & cendawan butang...goreng sampai isi ayam sparuh masak.
4. tuang sos prego & sedikit air ke dalam bahan tadi.
5. masukkan cili boh. gaul sebati, biarkan masak.
6. masukkan serbuk perasa + garam.
7. hidang.

maklumlah, tekak melayu kan..nak makan mesti nak ada rasa & pedas...tu aku letak garam & cili boh. baru la sedapppp.

resepi aku simple je. tapi insya Allah sedap & menjadi.

selamat mencuba uols.

" this is LJ official blog ♥ "