Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

Resepi Mudah : Ketam Masak Lada Hitam

Ketam Masak Lada Hitam


*gambar ihsan google

Bahan :
1 kg ketam - goreng separuh masak
1 senduk sos lada hitam
1 sudu makan lada hitam - tumbuk
sedikit air
garam
bahan perasa

Bahan Tumis :
1 biji bawang merah - cincang
3 biji bawang putih - cincang
5 batang cili padi - cincang

Cara-cara :
1. Panaskan minyak, kemudian masukkan bahan2 tumis..tumis sampai naek bau.
2. Masukkan sos lada hitam, gaul dengan bahan tumis..kemudian, masukkan sedikit air untuk kuah.
3. Masukkan ketam, gaul rata..akhir skali masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi. Kacau.
4. Agak2 sampai ketam dah masak, angkat & hidang.

haa, senangkan rupanya masak ketam lada hitam nei lepas tengok mak mentua aku masak. dulu aku masak siap letak serbuk kari la, serbuk cili bagai, sos cili laa...hahahahaaa. cehhh, sedap jugak taw.
oke laa, selamat mencuba..kot nak makan berbuka nanti.hehe.

" this is LJ official blog ♥ "

Tiada ulasan: