Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

Ringkasan Raya 1st & 2nd - 2014

Ehh takde cite raya ke-2..ke 3 ke???
ofcoz la ade uols..tapi aku nak letak tajuk laen sikit, sebab tu terus skip jek. sabar.
nei aku nak cite secara ringkas je..secara detail kang boleh muntah hijau panjang sangat nak baca.hehe.

Raya Pertama
Pagi sampai tengahari masih dirumah M.I.L, pukul 2 camtu dah siap2 aku kemas baju bagai..terus gerak balik kampung dengan encik tunang. Sampai kampung dalam pukul 3 lebih la jugak. walaupun kampung aku dekat. perjalanan lancar tak sampai 1 jam..tapi disebabkan raya, ade eksiden pulak tu, jem lagi..belum kire kete depan yang bawak 60km/j saje...tu yang sampai lambat sikit.


haa, nei raya ruma pakcik aku..dalam kampung tu jugak. 100 meter je dari rumah nenek aku.
maklumlah, orang nak merasa burasak..dapat pulak makan dengan kuah lodeh, rendang sate daging & ayam masak merah. pehhhhh..tak toleh kiri kanan la uols.

malam tu kitorang tido kat kampung..
alang2 dah niat tido kampung tu..aku ajaklah encik tunang raya rumah member kitorang (geng viva) kat area situ jugak. sorang - kampung situ, tak sampai stengah jam dari kampung aku. yang sorang lagi, memang duduk pontian..pun tak sampai stengah jam dari kampung aku.

habis beraya pun belum pukul 12 camtu dah balik. tengok rumah nenek aku dah gelap. semua pakat dah tido. awal bebenor. disebabkan hall dah penuh. makanya, kitorang tido kat ruang tengah. yang tinggal pun gebo (selimut) & bantal je..lain sume dah sapu habis. nasib la nak oiii. kasi bentang satu kali dengan selimut takde. tido. tapi nasib aku baek sebab ade tuala ganti selimut.hehe.

Raya ke Dua
Pagi2 dah kene gegar..huihh, nak buka mata tu kemaen payah nye. sejuk jangan cite la sampai ke tulang sumsum. mengerekot macam udang kene bakar. bangun, mandi..siap2. tengok tv..makan kuih raya nenek aku tu.

lepas tu, pergi la dok pulas kelapa mawar depan2 rumah nenek aku tu.. alaa, pokok kelapanye tinggi2 aku je. diri, pegang buah kelapa..pulas sampai tanggal. disebabkan malas..dapat la 3 biji je. pergi pulak belakang rumah..cari galah dok kait lagi rambutan kat belakang. tak habis makan uols..banyak semut hitam,tu pasal xde sape nak amek. ntah angin ape tunang aku tu, rajin pulak nak kait rambutan. tengah2 kait kira dah habis penat la..hujan lebat. alamatnye memang duk rumah jelah.

pukul 2 camtu aku dah siap kemas barang...baju2 semua dah simpan. nak balik jb dah. hujan pun dah benti..gerimis sikit2 je. balik jb sambung beraya rumah makcik aku kat majidee lak..

lepas tu..lepas tu....tunggu nanti aku sambung kat entry baru. hehe.
kbye.

" this is LJ official blog ♥ "

Tiada ulasan: