Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

Alhamdulillah JDT Bertemu Pahang Di Bukit Jalil

Alhamdulillah.
Akhirnya, JDT mara ke final...jumpa di Bukit Jalil bak kata penyokong tegar.
Aku? Penyokong tegar jugak..cuma aku terpaksa layan dekat big screen jelah nampaknya 1 Nov nanti. terikat dengan bisnes..sebab aku ade joint event.

Macam tahun lepas..
gagah dengan member aku join rombongan bas ke Bukit Jalil...bukan bas ekspres, bukan bas sekolah, jauh sekali bas kilang.tapi kitorang naek bas tambang maju. bas keting-keting picit loceng kalau nak turun.
Alhamdulillah, selamat sampai. hehee.

memandangkan sabtu malam minggu lepas kan Awal Muharam.
semua cuti..konon-konon nak pergi stadium Larkin tengok bola. sekali tiket habis..tiket kirim pun tak dapat. jadikye beramai-ramai la kitorang duduk kat dataran tu tengok kat big screen yg disediakan.


time nei sbelum maghrib..dalam pukul 7...
kitorang solat pun..belakang dataran tu ade surau.

time nei konon-konon dah duduk depan skali..tup-tup ade lagi depan laa. hahaaa.
dah macam tengok wayang pacak.
sebabkan last minit baru dapat taw takde tiket,,so duduk jelah dengan tak alas pape. aku tengok family lain sampai bentang 3-4 tikar, siap bawak bakul makanan lagi. macam picnic dah..dengan anak-anak terlari-lari. ada yg siap bawak bola.


nak selfie..member aku tak bawak monopod. aku pun tak bawak handbag.
camnei la jadiknye.
nampak tak belakang tu betapa ramai nye...


semangat tu yang penting. apa-apa pun tahniah JDT.

" this is LJ official blog ♥ "

2 ulasan:

Mila Hilas berkata...

tpaksa sokong jdt sbb husband org johor hehehe

aryan azra berkata...

akak dgn asben sokong tok gajah la..hehehe kita jumpa kat final nanti ye