Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

Segmen Blogger Cergas dan Santai

dah lama rasanya aku tak join ape-ape segmen dekat blog nei.
so kali nei jom join Segmen Blogger Cergas dan Santai oleh blogger Izzati Amira.


yes. ape yes?
haha. aku setuju dengan Zati nei. sebab aku pun skarang dah jarang ber-blogging update story. kalau dulu boleh dikatakan hari-hari ade je story aku update. skarang nei dah kurang sikit. sejak-sejak dah naek pangkat jadik assistant accountant yang tak di-iktiraf nei. huhuuu.

so sekarang aku akan cuba kembali aktif seperti dulu. cewahhhh.
so now, just seat back and relax. jawap 3 soalan mudah dengan santai. hehe.

1. Currently, lagu/movie/buku/novel apakah yang menjadi kegemaran korang? Citer lah sikit kenapa you suke benda alah tu.

oke. kalau nak cakap pasal lagu/movie..semua aku layan. aku akan donlod semua lagu yg aku boleh layan/suke dengar dalam pendirve...yang penting sambil drive aku boleh nyanyi-nyayi,,ulang banyak kali. dulik lah kalau kete sbelah pun sengih-sengih tengok aku. hehe.

masuk bab buku. aku nei suka membaca. Mastika stiap bulan tak pernah miss. koleksi Lawak Kampus, manga aku pun banyak. hehe.

tapi kalau novel, semua aku suke baca. paling aku suke..penulis Damya Hanna. best-best semua. meleh-leleh air mata. siap ulang-ulang nei aku baca sampai dah leh hafal. paling aku suka; Saat Cinta Bersemi / Rela Kumenanti / Bicara  Hati dan 1st novel Damya Hanna - Sepi Tanpa Cinta. fuhhhh, feeling-feeling baca taw.


2. Suggestkan SATU link blog yang kamu suka/sering lawati. Kenapa?

secara saintifiknye semua blog aku jalan. hehe. 

3. Dalam banyak-banyak entry yang pernah korang post, pilih entry yang korang rasa "inilah entry yang aku nak setiap orang baca!!!" , share kan link post tersebut.

Sejujurnya. aku takde ape kisah menarik yang nak dikongsikan. Kalau ada pun aku anggap terlalu peribadi. Sebab tu kebanyakkan benda yang aku share ialah benda seharian yang aku buat, pasal hero aku, pasal aku berjalan...aku pun taknak ingat apa yang terjadi & apa yang aku lalui.
Aku cuma boleh cakap yang aku nei single mother yang sedang membesarkan seorang anak tunggal lelaki. Insya Allah, bulan 12 nei aku akan bernikah dengan seseorang yang terima aku seadanya. Mudah-mudahan hingga ke JANNAH.

Jadiknya, aku nak share citer Kisah Penceraian. nei supaya dapat dijadikan tauladan. 1st time baca, memang sedih la. Ehh, nei bukan kisah aku taw.

pssttt, kalau Zati rajin scroll la entry lama-lama ea. hehe.

selamat bersegmen uols. macam biasalah, kalau nak join klik banner ye :)

" this is LJ official blog ♥ "

4 ulasan:

Izzati Amira berkata...

Thank you participating,
Teruskan semangat berblogging anda. Hehe

http://nineteencapri.blogspot.com/2014/10/senarai-peserta-segmen-blogger-cergas.html

p/s: kita pun sukaa baca novel dari Damya Hanna. Sepi Tanpa Cinta, Saat Cinta Bersemi.. Bicara Hati... hehe

.:: Schaz ::. berkata...

welcome dear :)

ehhh..samalah. novel dye best kan. hehe.

aryan azra berkata...

novel2 tu semua best2...

inshaAllah..semoga jodoh kali ini akan berkekalan hingga ke jannah

Nabihah berkata...

folow blog nabihah balik dan like facebook fan page blog nabihah terima kasih
http://inibelognabihah.blogspot.com
terima kasih