Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

1st Time Masak Ayam Bakar

Citernya cenggini..
Semalam sebelum balik tu aku whatsapp la encik suami btaw balik keje nak singgah smart beli lauk..
sekali encik suami balas, balik keje malam dye tanak makan..alasan nak jaga badan kononnya.

oke fine. balik tu aku singgah tesco je..beli ayam, konon nak masak untuk aku sorang makan.
mula-mula aku plan nak masakkan suami sotong sumbat. sekali cakap tanak makan, cancel jelah..

balik-balik je sampai rumah dah lepas maghrib..satu hal lagi aku mengadap jalan jem, tu jadik lambat. tesco tu satu jalan je dengan jalan aku nak balik.
apelagi, terus tukar baju dok la bersilat dekat dapur...

1st time nei uols aku try masak ayam bakar. slalu kite dengar kerang bakar, ikan bakar, sotong bakar atau pun udang bakar kan...
takpe hasil resepi yang aku google dekat internet, aku yakin ayam bakar aku menjadi dengan sedapnya. hehe.


tarrraaaa !!!

pakai aluminium foil je bakar dalam kuali. kalau ikutkan pakai daun pisang, dah aku tawaf 1 tesco tu takde daun pisang. balik pulak sampai rumah dah pukul 8, memang taklah aku nak keluar ke belakang semata-mata amek daun pisang gelap-gelap.

menjadik uolssss. walaupun aku takdelah 100% ikut resepi kat google tu. ada yang aku agak-agak sendiri, tambah-tambah sendiri.
balik keje, encik suami tanya aku dah makan belum. memang taklah kan, sebab aku nak tunggu dye balik baru makan.
dye pun dengan tak mandi, tak tukar baju kerja lagi..terus ajak aku makan.
kemaen tanak makan, tu diaaaa....makan nasi sepinggan, sayur cendawan goreng aku masak + 3 ketul ayam. hahahaa..sendawa panjang dye.

meh aku nak cakap sikit, perut kalau dah biasa di ajar makan tengah malam kan, on time je ko akan rasa lapar.. macam time lunch tengahri, kalau dah biasa makan pukul 1..dekat pukul 1 je perut dah start buat hal berbunyi-bunyi bagai kan.
kalau tak paham, try pahamkan maksud aku tu. hehe.

sambil tu, meh aku share sikit resepi dengan korang.

5 ketul ayam - potong kecik2 je. (agak-agak 2 orang punya makan)
1 batang serai - ketuk

1 batang serai - kisar
1 biji bawang merah - kisar
2 biji bawang putih - kisar
10-15 batang lada kering - rebus dan kisar
1 sudu teh serbuk jintan manis - kisar
1 sudu teh serbuk ketumar - kisar
sedikit air - kisar

1. Panaskan kuali, kemudian masukkan semua bahan kisar tersebut dan 1 batang serai yang telah diketuk. Tumis la sampai naek bau.
2. Agak kuah tu dah masak dah jadik pekat, masukkan sikit air.
3. Masukkan garam & serbuk perasa (aku pakai maggi cukup rasa)
4. dah siap, asingkan dalam mangkuk lain.

bila korang dah angkat asingkan dalam mangkuk lain. korang basuh la terus kuali tu.
sebab lepas tu nak guna balik tu bakar ayam.
time nei kalau ada daun pisang, letak daun pisang..kalau takde pakai je 2 lapis aluminium foil macam aku tu.

5. susun ayam elok-elok atas aluminium foil tu, kemudian curahkan semua kuah tadi.
6. tutup kuali, tinggalkan ayam tadi dengan api yang sederhana.

lepas tu siap dihidangkan laa uols. hehe.

" this is LJ official blog ♥ "

Tiada ulasan: