Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

Sotong Masak Hitam Favourite Encik Suami

haishhh, suami aku suke betol makan sotong masak hitam.
kalau aku kurang sikit makan sotong nei... lagi satu, aku nei jenis kalau masak sotong mesti nak betol-betol masak. kalau tak aku sendiri tak lalu makan.

lagi-lagi kalau makan luar, order tomyam seafood kan..memang aku tak makan la sotong dalam tu.
sebab bila aku kunyah je, terasa hanyir lagi belum cukup masak. memang lah orang kata sotong kalau dah putih tu maknanya dah masak la kan. tapi aku tak, aku memang nak yang betol-betol masak.

so semalam, hujan lebat 1 hari dekat JB.
aku memang dah boleh agak yang dekat depan Pandan tu mesti jem punya. selagi jamtan tu tak siap dibesarkan lagi. hari-hari ngadap.

bila tanya encik suami balik kerja nak makan tak, dye suruh aku masak je...
ape lagi, balik kerja pukul 5 tu aku terus la singgah Smart..beli lauk. huihhh, pusing sana pusing sini..mahal-mahal semua. taw la musim hujan kannn.

beli sotong stengah kilo je RM10..sotong besar-besar jenos gred A. macam telur gak, harga ikut gred kan. huhu. lepas tu beli udang sekilo RM24. Udang besar, takpe aku puas hati.

okela, sampai je rumah..tengok mak mentua aku masak kerang, lepas tu ade masakkan aku ayam masak merah. aku terus tukar baju dok bersilat la kat dapur.

hasilnya......


tu diaaaa...sotong masak itam dengan udang goreng kunyit + kacang panjang. aku nak letak kubis bunga takde, blasah laa letak kacang panjang janji ade gak sayur.

tunggu suami aku balik kerja pukul 11 malam, pukul 12 baru sampai. teman dye makan, aku dah makan dulu sbelum tu...lepas tu terus tido. mengantuk gler dah mata aku time tu, perut dah kenyang makan tengah malam.

sebelum tu, sempat suami aku cakap "kalau macam nei hari-hari boleh gemok papa..minumlah air nestum coklat."

ehhhh, memang aku nak bagi gemok pun. kikikiiiii.

" this is LJ official blog ♥ "

1 ulasan:

Amy J berkata...

wah, sedapnya! dah lama x makan stong masak hitam. kalau suami cakap macam tu, memang sronok la. hehe