Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

I ♥ AJ

hehe. sejak-sejak aku dah jatuh cinta dengan bawal AJ nei..huihh, asik shopping online jelah jawapnya.
nak pergi butik time release memang tak sempat la kan.. dengan nak beratur panjang, nak berebut-rebut dapatnya belum tentu. huhu.

ade skali aku saja ajak encik suami singgah butik AJ, dah alang-alang kat area BBU tu kan.
skali masuk..telan air liur suami aku. hahaa. mau taknya, harga RM49, RM59....masuk cuci mata, keluar balik.

tapi lepas aku rajin search FB rupanya bawal AJ nei ade banyak label & ada yang murah rupanya.
so buat permulaan nei aku banyak beli WL..baru-baru nei dah beralih ke GL pulak. Harga belas-belas oke lagi.
tapi kalau nak beli yang BBS, BL, GL....iols belum mampu lagi. hehee.


nei bawal AJ aku yang 1st. masa nak beli, tengok lipat cenggini macam cantik je...
bila dah sampai rupanya kaler coklat, jarang2 aku pakai. corak pun aku tak berkenan sangat.


lepas tu aku beli yang nei pulak..cantikkan.
tak silap aku corak nei ade 3 kaler, tapi sebab aku lambat order..biru pun biru lah.


aku paling suka bawal AJ kucing nei. sebab cantik sangat.
paling suka pakai..senang. lagi 1 keras, jadik awning senang terbentuk. tak payah 24 jam aku nak betulkan tudung je. jalan-jalan sikit nak tengok cermin.


masa beli aku ingat burung hantu taw..tak kisah laa, kaler cantik corak cantik. aku tetap beli jugak, dah berkenan.
lepas tu pos la ke rumah, mak aku yang terima...sekali dapat whatsapp mak aku cakap "apa beli tudung burung hantu"  bila aku btaw seller, seller cakap tu kucing.

haiyoOoo...mati-mati ingat burung hantu pakai spec. hahahaa.


yang nei aku baru je beli. WL & GL.. semalam customer post arini dah dapat. suke-suke.
esok dah leh plessing. aku blasah je pakai g keje & berjalan skali.

sebab aku dah jatuh cinta dengan bawal AJ nei...macam tadi aku cakap laa, senang terbentuk. jadiknya dalam masa 2-3 minit aku dah siap pakai tudung, tak payah nak lama-lama depan cermin betulkan awning bagai.

lepas tu, kemas & cantik je bila aku gantung kat hanger tudung yang bulat-bulat tu.
bila nak pakai aku tinggal tarik je..tak payah nak gosok-gosok bagai. kan jimat masa aku..encik suami pun tak payah nak tunggu aku siap lama-lama.

ade 3 helai lagi AJ yang aku booking. next week gaji baru angkat sekali semua.

skang aku tengah tunggu ada 2 lagi postage. 1 aku beli pensil skirt yang tengah musim skang nei..1 lagi bawal AJ GL..apa nama aku tak ingat la, bunga-bunga gittew.


haa uols. iols tengah carik nei AJ WL yang 3 dalam gambar nei. siapa ada mohon btaw ye.

ehhh, kite shopping online diam-diam je taw...sejak dah ade CIMB clicks nei, madang clicks je. hehe.
tapi kan, suami kite tu..asal barang baru je kita pakai dye mesti perasan taw. aptb. hehe.

" this is LJ official blog ♥ "

Tiada ulasan: