Daisypath Anniversary tickers

Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

Tak Sihat Tiba-Tiba

hye uols..
aku nei macam confius, macam-macam dan bermacam-macam la..
nak tanya & minta pendapat akak-akak yang lebih berpengalaman luasss. hehe.

ceritanya macam nei...bab nak kira-kira kesuburan bagai nei aku tak pandai.

8.12.2014 - period
12/13.12.2014 - period habis
14.12.201 - nikah

oke tengok betol-betol tarikh kat atas yep.
8.12 tu aku period dan period aku nei biasanya makan masa 4-6 hari je..sehari sbelum nikah tu aku betol-betol " clear".

14.12 aku nikah..malam tu terus bersama dengan encik suami.

hari nei 21.12..seminggu lepas nikah dah.
ntah kenapa sejak 2-3 hari lepas aku asik teringatkan buah kedondong je..

hari nei lak pagi-pagi pukul 7 aku dah bangun mandi siap-siap, baru kejutkan encik suami bangun..jadiknya sambil tunggu dye mandi tu, aku tinggal pakai tudung je. maklum laa, orang lelaki siapnya kan cepat..hehe.

7.30 pagi kitorang dah keluar, aku hantar encik suami pergi rumah bos dye..hari ni semua crew-crew tempat kerja suami aku pergi Melaka ada drift kat sana..pergi balik hari.

time naek kereta tu (suami drive) aku dah rasa macam mual-mual..takpelah, sebab aku kadang pagi memang macam tu..rasa nak muntah tapi tak muntah.
agaknya perut masuk angin kot..nak kata aku lapar, malam tadi sebelum tido aku siap makan nasi dengan encik suami tu pun dah dekat pukul 12 tengah malam punya makan. (aku bukan jenis makan sarapan pagi, kadang-kadang je)

disebabkan hari nei ahad, jalan lengang giler..aku sampai awal..pukul 8.10 pagi..
duduk dulu dalam kereta, aku minum coffee mocha & makan me hoon goreng yang sempat aku tapau dekat simpang nak masuk opis aku. dah habis, baru aku naek opis.

sekarang nei, jam 12.30 PM tengah-tengah aku syok layan facebook..tibe-tibe badan aku menggigil, bukan menggigil pasal sejuk atau ape..tapi memang menggigil macam orang demam. tekak & perut aku still rasa semacam je..badan pun rasa tak sedap lagi.

untuk pengetahuan korang, aku memang dah ready nak pregnant..sebab hero aku pun dah besar..tahun depan masuk 6 tahun dah.
sebelum kahwen lagi aku dah cakap dengan suami nak pregnant awal..dye pun tak kisah.
baru 4-5 hari lepas dye tepuk-tepuk perut aku tanya dah ada isi belum.
time tu aku cuma jawap "banyaklah" sebab aku pikir awal lagi, kahwen baru seminggu takkan dah ade..

aku adelah jugak try google kan pasal pregnant selepas seminggu nikah nei...tapi hasilnya tak memuaskan hati aku la.

so rasa-rasa uols..camner?
ade kemungkinan ke aku pregnant? ke perasaan aku je camnei...tapi seriusly, aku memang tibe-tibe tengah tak sedap badan nei..rasa macam nak demam pun ye.
ingatkan balik nak singgah farmasi beli pregnant test, tapi takut bila hasilnya kosong..kecewa.
ke nak tunggu sampai ujung bulan atau period seterusnya bulan depan...hmmm.

" this is LJ official blog ♥ "

Tiada ulasan: