Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

Baby White Buat Hal, Jantung Expired.

alahaiiii...
semalam lepas balik keje, aku singgah opis lama pulang kunci & kad akses.
jadiknye memandangkan hujan renyai-renyai daripada petang dalam pukul 2-3 aku rasa..lepas tu dengan aku dekat area bandar, rasa macam malas nak meredah jem balik rumah.

so aku pun decided nak pergi Plaza Pelangi la jumpa member aku & makcik aku..
aku nei jenis kalau pergi shopping complex suke parking dekat dalam basement..tak kira la groundfloor ke, highfloor ke..jarang aku nak parking dekat luar.

hp aku lak bil dah kene bar, belum bayar..huhuu. yang lagi 1 internet habis...
so tak dapat la nak inform suami yang aku menyinggah. tapi bab pulangkan kunci tu, dye taw.

lepas duduk melepak, berborak-borak dengan member aku & makcik aku..
tengok jam dah pukul 7.30 PM..aku pun nak gerak la, gerak pun bukan nak terus balik..tapi nak g tempat keje suami aku.

dah bayar parking segala...
aku pun pergi kat kete, letak handbag semua..lepas tu nak hidupkan enjin la..
start-start je..tak nak hidup. tamau nak start pulak baby white tu.
alahaiiii, aku dah agak mesti bateri kong punya...maklumlah bateri dah 2 tahun tak tukar, dari keluar kete lagi..


ape lagi..topup internet, lepas tu terus wasap encik suami minta tolong..
dok tunggu laa dye datang jumper.
lepas je boleh hidup, dye follow belakang aku pergi tempat keje dye.

hmmm, datang nak garang-garang lak. huhuu.

skarang pergi balik keje bawa babay white..pinky duk ruma diam-diam. hehe.

" this is LJ official blog ♥ "

Tiada ulasan: