Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

Murtabak Cheese Kg Kurnia

Hye uols.
Asik story pasal aku & encik suami je kan..mesti boring. mesti ade yang dalam hati cakap.. 'alaa, orang baru lepas kahwin' kan kan kan.

oke kali nei aku nak citer pasal makanan yang sedapppppp dekat JB nei.
biasa orang sibuk dengan pevlova la, cheese leleh la, cheese kut laaa....kali nei aku nak citer pasal............

Murtabak Cheese Kampung Kurnia.

pehhh, kalau datang JB tu jangan lupe singgah uols. confirm sekali makan jatuh cinta punye uols.
kedai nei beroperasi dari pukul 10 pagi tak silap aku, sampai pukul 5.30 petang...tapi slalunya kalau aku balik keje pukul 5 singgah nak tapau memang dah habis.
jadik aku sarankan korang datang sebelum pukul 3 petang...kalau tengahri lagi ramai orang.
mau 1 jam duduk menunggu..tu pun kalau tahap kesabaran korang tinggi la. hehe.


ade 3 menu - ayam / daging / kambing
ade biasa, special & jumbo....harga pun boleh tahan. berbaloi laa...yang paling larisss ofcoz la yang ade cheese kan.

lokasi senang je..dekat Kampung Kurnia, antara Kebun Teh dengan Taman Suria.
betol2 sbelah dengan bangunan office aku.


meh aku citer sikit.
cheese penuh, lepas tu dye punye tarikkkkk....kalah pizza. makan pizza pun takdelah tarik sampai macam tu skali. yang nei boleh tarik tinggi taw.
kuah pun not bad. sedappp.

aku citer pasal murtabak nei, sebab lunch tadi aku g makan laa.hehe.
1 jam aku tunggu murtabak sampai. nasib baek encik suami tak membebel..slalu kalau lambat dye bising. huhu.

1 keping dalam gambar tu, makan sorang memang tak habis..paling tak pun share la 2 orang. isi penuh, padat, bukan banyak bawang taw. cheese pun penuh. kene la dengan harga RM15 - murtabak ayam special cheese.

oke laa, perut dah kanyang rasa mengantuk lak duk dalam air cond nei.
sementara bos kecik keluar nei. jom la kite melelapkan mata skejap. hehe.
ingta taw uols...kalau datang JB jangan lupe singgah murtabak cheese kg kurnia. terbaik.

" this is LJ official blog ♥ "

Tiada ulasan: