Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

Selesai Sudah Annual Dinner & AGM - Part 1

Alhamdulilah.
Selesai jugak majlis Annual Dinner & AGM meeting company aku dekat Puchong.

AL-kisahnya, managment buat last minit & agak clumsy sebab nei 1st time diorang buat. Sebelum nei diorang pernah try nak buat..tapi bila dah plan, hujung-hujung ada je benda tak mengizinkan. tu yang kali nei, bila ade je tarikh kosong..diorang terus grab. sebab tu jadik last minit.

so far alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun sebenarnya tak seperti yang aku bayangkan. alahaiiii, staff 3 branch 7 orang je..campur bos 2 orang, total 9 orang je.
lepas tu masing-masing staff dari alor star 2 orang yang dah kawen pun datang tak bawak suami masing-masing. jadik boleh dikatakan, kita-kita aje dengan family-family bos.

meh nak cite sikitttt...

30.12.2014 (selasa) tu aku pergi saing dengan audiologist (partner 1 opis) disebabkan dye duduk pontian & akan naek tol simpang renggam..maka terpaksa encik suami hantar aku dekat pontian.
dari JB lalu tol perling dalam 40 minit jugak laa.

janji nya nak gerak pukul 12 tengahari. aku sampai McD pontian dalam pukul 11.45am..sempat la lunch dulu dengan encik suami. lepas tu, tunggu punya tunggu dekat pukul 2 baru la en.omar tu sampai.

aku ingatkan dye bawak family, rupanya wife dye kerja. yela kan, benda last minit nak apply cuti confirm tak dapat macam suami aku.

so kitorang pun gerak berdua. terus shoot sampai KL, takde berhenti-henti makan ke, minum ke, toilet ke..dan aku 3-4 kali jugak la terlelap, tersengguk-sengguk menahan ngantuk. habisss..tak biasa naek kereta dengan orang yang aku tak biasakan. baru je sebulan aku kerja sama dengan en.omar tu. kenal sangat pun tak.

dan untungnya, segala kos perjalanan, hotel..semua company tanggung. best kan. hehe.

sampai Puchong dalam pukul 5.30 petang dekat-dekat pukul 6. bila aku btaw encik suami, dye kata "cepatnya sampai" 
terus je check in hotel. hotel tu pulak selang 2-3 kedai je dengan HQ aku tu. dah siap-siap letak barang, sempat aku golek-golek kejap..aku pun turun la pergi HQ. tunggu diorang habis kerja, kemas-kemas tutup opis.
terus semua pergi dinner. dengan baju kerja..takde nak tukar-tukar bagai.


haaa, kitorang dinner dekat sini.. Spring Garden dekat Taman Botani, Putrajaya.
keliling tasik uiii..1st time datang sini. (jakun jap.hehe)

dinner mewah, company sponser kan.
ade ketam, ikan bambu masak stim, ade cendawan, sayur ape ntah namanya,.makan dengan nasi goreng. paling best, makan lobster sorang sekor..aku makan 2 ekor sebab waiter tu terbagi lebih. hehe.

lepas tu siap dessert jelly + aiskrim. huihhh. mengahhhhh.

masakan semua ala-ala chinese style. sedappp. layanan 5 star. pantang air dalam cawan tinggal stengah, cepat-cepat datang tuang. siap alaskan kain dekat paha..hehee.

so lepas makan, dah dekat pukul 10 malam..masing-masing pun penat, lagi-lagi yang datang dari jauh macam aku & staff alor star. so kitorang pun takde nak jalan-jalan. terus je nak cepat-cepat balik hotel. nak mandi golek-golek tido.

memang sampai je hotel, dok wasap-wasap encik suami. lepas tu aku pun terus tido.
ngatuk giler..perut dah kenyang, makan sampai rasa macam nak meletup perut mana taknya. hehe.

ssejuk giler aku tido, sampai pakai sweater..padahal buka aircond suhu 21..
tu pun ntah pukul berapa aku tersadar, tak boleh tido nyenyak...macam tido-tido ayam aku rasa.

esoknya aku kene bangun awal, sebab meeting pukul 9 pagi.

" this is LJ official blog ♥ "

Tiada ulasan: