Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

Jalan-Jalan Pontian | Balik Kampung

hoyeahhh.
balik kampung oOoo balik kampung....
cuti CNY kali nei bawak encik suami balik kampung..elehhh balik tido 1 malam je pun. hehe.

dalam perjalanan otw tu..sempat encik suami tanya "raya tahun nei balik mana mama?" dah tentu-tentunya laa aku jawap "pontian!"  kekekekee.

bayangkan la uols...perjalanan balik kampung aku yang makan masa tak sampai 1 jam, jadik 2 jam.
gerak dari rumah pukul 1 camtu..pukul 3 lebih aku sampai kampung gara-gara jalan jem. huihhhh. nasib baek la encik suami yang drive. kikikiiii

sampai-sampai je kampung..lengang.
haiiishhhh masing-masing semua otw belum sampai lagi...ade pun sepupu-sepupu dan bibik-bibik (bukan orang gaji ye. tapi panggilan orang jawa lebih kepada maksud makcik / auntie) yang tengah sibuk hidupkan bara arang.

perut aku dengan encik suami pun dah berkeroncong, maklumlah belum makan lagi... aku pun ajaklah encik suami keluar pergi pontian (bandar pontian).


menu wajib pekena dekat tambak ofcoz la cendol! bertahun mamak nei meniaga cendol dekat tepi laut pontian..dari aku kecik sampai skang..masih sama seperti dulu. sedapppp.

side dish nye ofcoz la kene ade kan.
keropok lekor original panas-panas RM2, tahu bakar 1 set, otak-otak 5 keping, sata 1 cucuk..
huihhhh. kenyang dehhhh.


lepas dah habis makan..
kitorang pun lepak la dekat tepi laut..kalau orang-orang pontian panggil tambak.
"ehh jom lepak tambak"  haaa, lebih kurang camtu laaa.

petang-petang dengan cuaca tak berapa nak panas. lepas tu ramai yang datang beriadah.
layan hero kecik tu pulak sibuk nak maen big balloon.

tengok-tengok jam dah pukul 6 lebih, dekat pukul 7...
moh lerrr kite balik rumah nenek.....tapi sebelum tu, singgah dulu Billion (Plaza Pontian)

"mama kasut belum beli lagi kan?" tibe-tibe encik suami bersuara.

gaya macam nak belikan je. "papa ade duit ke?" ehhh, skali encik suami suruh tengok kot-kot ada yang berkenan. orang dah offer kan, jangan la tolak. BAnyak songeh kang tak jadik encik suami nak sponser. hehee.
dah puas aku pusing 1 kedai. aku amek la ade 1 tu kaler putih silver siap batu-batu gittew...harganya, mak oiiii lagi RM5 nak cecah RM100.

"confirm ke nak yang nei?" aku angguk jela. dah try test oke ngam dengan kaki aku. selesa. ade ke patut encik suami suruh beli yang tinggi-tinggi 5 inci. kang berarak tak boleh jalan pulak aku. "jalan slow-slow la mama." haihhh takde maknanya slow-slow. huhuu.

habis shopping. baru betol otw balik semula rumah nenek.

" this is LJ official blog ♥ "

6 ulasan:

Cik Nadyya berkata...

ohh org pntian rupanyaa.. sme la kite..kekeke
area mane ek?

cik belbel berkata...

wahh org pontian jugak ke? heheh sama lah kita semua

.:: Schaz ::. berkata...

haah, kampung pontian Cik Nadyya. dekat Kampung Baru, Parit Jerman, Penerok. awak kt mane?

.:: Schaz ::. berkata...

wahhh, sama jugak ye cik belbel. awak pontian dekat mana?

Lyranadya berkata...

macam sedap je tauhu bakar tu...hehhe...jemput follow sy yer sume.

.:: Schaz ::. berkata...

hehe. fevret tu Lyranadya. will follow u :)