Daisypath Anniversary tickers

Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

Semangat.

pagi tadi on saje internet..terus masuk wasap dari someone.
someone yang bertanya macam mane aku boleh teruskan hidup selepas perpisahan yang dulu. sebab benda yang sama berlaku dekat dye.

actually, mana ade perempuan nak kawen then berpisah. right?
macam tu jugak aku..

nak kata bercinta sakan tak pulak..cinta mati..time bercinta memang macam-macam janji keluar.
buat apa burukkan orang yang pernah bahagiakan kita kan..
sebab tu aku tak pernah share pun dalam blog nei pasal perpisahan aku dulu.

yang penting..lepas berpisah aku terus move on.
aku carik kerja..anak hantar dekat jiran..time tu anak aku dah berunur 1 tahun.
aku duduk dengan makcik aku. tak duduk rumah family.
family aku takde hal pun. oke je. cuma sebab aku keje dekat area bandar JB. jauh nak ulang alik kalau duduk dengan family dekat pasir gudang.

bila dalam tangan dah ade duit sendiri..hiburkan hati sendiri la.
shopping, keluar jalan-jalan..tengok wayang. hang out dengan kawan-kawan...
bila dah start pakai kereta..aku pun join kelab-kelab kereta..banyak la aktiviti yang aku join.
makin kenal dengan ramai orang.

takdelah kata aku duduk rumah, terperap, menangis, merana...
sedangkan dye happy-happy je..ntah-ntah dah kawen lain, dah bahagia pun kan.

dalam tempoh 5 tahun..aku kenal macam-macam lelaki.
-ade yang muda baru 21-22 tahun nak berkawan dengan aku..alasan perempuan lagi tua nei matang.
-ade jugak suami orang wife tengah pregnant ajak kawen...lepas tu tanya pulak sanggup ke aku nak sama-sama tanggung rumah bagai.
-ade jugak lelaki yang dah berusia umur 40'an (bujang tak pernah kawen) ajak aku kahwen tapi tunggu duit EPF keluar.

haishhhhhhh.

sampai la aku jumpa suami sekarang. tu pun berpunca dari kelab kereta juga.
alhamdulillah. family dye semua terima aku & anak aku. dah jadik cucu kesayangan pun.
asal balik tiram je..semua jenguk kat pintu carik hero sorang tu.

nasihat aku.
teruskan hidup. perpisahan bukan bermakna hidup kite telah berakhir.
mulakan yang baru.

"jangan minta hidup yang mudah, tapi mintalah hati yang tabah..." nei kata-kata Datin Aidijuma.

memang ramai yang cakap aku kuat. sebab aku besarkan anak aku sendiri..
sekarang hero tu dah tadika..umur dah 6 tahun. dah makin bijak.

kalau aku menagis je... "mama kenapa nangis. eeiii ada air mata." lepas tu amek kain tolong lap. cakap lagi "cuk sayang mama. cuk kan ada."

lekat nama cuk tu sampai besar..tulah, dari kecik panggil bucuk-bucuk..ujung-ujung jadik cuk.
kekekeee.

so pada awak kalau ada terbaca entry nei.
semoga kuat menjalani hari-hari akan datang. bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri & anak yang sedang ingin membesar.

saya suggerst kan awak untuk baca cerita-certia motivasi & kata-kata penguat semangat dekat blog awan @ kiki.
----> Bicara Sama Awan

dan artikel 'Tepuk Bahu sendiri, Aku Gagah' adelah artikel khas yang ditulis blogger untuk saya. soalan tersebut juga datangnya daripada aku yang tengah dalam dilema masa tu.
abaikan soalan tu, tapi baca jawapannya.
----> Tepu Bahu Sendiri, Aku Gagah!

selamat berjuang kawan!

" this is LJ official blog ♥ "

Tiada ulasan: