Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

Alhamdulillah Walaupun Samar-Samar.

wahhhh excited pagi nei masuk-masuk opis aku terus update. hehe.

semalam balik kerja aku sajalah singgah Giant..sebab aku terpikir dekat Giant ada Guardian.
cadangnya aku nak beli pregnantcy test la uols...sebab haid aku kalau termasuk hari nei dah lewat 3 hari.

pagi tadi aku tersedar..dalam pukul 5-6 pagi lepas subuh.
aku tersedar sebab tak tahan sangat nak buang air. aku pun bangun laa..sempat lagi gapai prengnancy test yang aku beli tu aku simpan je dalam beg tak keluar pun, kiranya encik suami pun tak tahu niat aku nei. hohoo.
orang kata kalau nak test UPT biar pagi-pagi, masa nak buang air yang pertama..sebab time nei kandungan HCG pekat.
macam biasa aku pun test laa... aku beli yang jenama Guardian RM8.40 je. nak beli yang jenama ClearBlue ade aku tengok harga sampai cecah ratus tinggit..paling murah pun RM29+. takpela..belum gaji lagi..kita beli yang biasa-biasa dulu.

lepas je aku celup UPT tu dalam urine..aku pun tunggu la kejap dalam seminit dua. bila aku angkat tengok..1 line je uols. huaaa..kecewa taw. satu lagi aku pikir, agaknye sebab malam tadi aku bersama suami tu yang tak dapat nak detect sangat kot...hehehe. malu i taw.
aku pun terus masukkan semua skali dengan kotak-kotak dalam plastik sampah. terus aku pergi sambung tido lagi.

pagi tadi pukul 8 aku bangun..nak mandi siap-siap pergi kerja pulak.
masuk je bilik air..tergerak hati aku nak tengok balik UPT tu. aku pun capai laa....
ehhh, ehhhh..apa nei? ehhh... aku keluar pulak dari bilik air nak tengok dekat cahaya terang. sebab lampu bilik air aku tu kaler kuning.
ehhh..ade garis sama-samar laa. wahhh berbunga-bunga hati tengok. aku dah start tersenyum je...

"pa. pa. bangun la tengok nei. bangun la kejap."

encik suami pun bangun kejap tengok..lepas tu dye baring semula tak cakap pape pun.
aku pun just letak jela UPT tu dekat side table sebelah katil. terus masuk bilik air semula. dah siap-siap tengah nak pakai baju, sekali aku terpandangkan encik suami yang tengah termenung mengadap alat UPT tu. dye tak usik oun, tapi dia diam tengok je. agaknya dalam hati tengah tak percaya kot yang aku +ve.

garis tu sangat samar..tapi kalau kat cahaya terang boleh nampak.
mungkin sebab baru lagi kot. semalam aku ade test pakai applikasi kira kehamilan..kalau nak diikutkan kandungan aku baru dalam 2-3 minggu camtu.
Alhamdulillah uols. Hero tu dah nak jadik abang long.

semalam malam encik suami sibuk membebel yang aku takut nak makan ubat. batuk tak henti-henti pun tak nak makan ubat. aku cuma geleng-geleng je. sebab aku tak nak ubat tu jadik effect la dengan niat aku nak test urine.

dengan ini takdelah aku risau sangat..asik nak pikir aku hamil ke tak, hamil ke tak, hamil ke tak...
sekurang-kurangnya keputusan pagi nei boleh menyakinkan aku sikit...
skang aku kene tunggu sampai hujung bulan nei untuk check lagi skali..lepas tu baru boleh pergi jumpa doctor dan buka buku merah.

Alhamdulillah. Syukur dengan nikmat-MU, Ya Allah. Rezeki.

" this is LJ official blog ♥ "

6 ulasan:

mama ila berkata...

wahhh..seronoknya..Alhamdulillah =)

Normi Nieza berkata...

alhamdulillah..tahniah..:)

izzeyda berkata...

ya nanti lagi seminggu dua test lagi.. apapun alhamdulillah dan tahniah..

.:: Schaz ::. berkata...

memang seronok sangat mama ila.

.:: Schaz ::. berkata...

thanx normi nieza :)

.:: Schaz ::. berkata...

tu yang tak sabar nak tunggu seminggu dua lagi izzeyda. hehe. anyway thanx for the wish :)