Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

Batuk Tak Baik-Baik

Haishhh la batuk..bila la nak baek???
encik suami yang batuk pun dah berkurangan, dah baek pun aku tengok...

aku batuk dari hari ahad 8/3 lepas balik dari honeymoon... uols bayangkan la sampai sekarang dekat 2 minggu tak baek-baek lagi.

clinic dah pergi..ubat doctor dah makan, ubat batuk gamat langkawi pun dah makan..
minggu pertama aku batuk sampai tekak naek perit..sampai 1 tahap, air liur berkumpul dekat mulut sebab aku tak boleh nak telan..
bila dah pergi clinic doctor bagi lozenges tu..baru la aku dok hisap gula tu.. lepas tu member aku suggest pulak strepsil extra strong.

alhamdulillah laa..tekak aku dah oke.
tapi batuk still not oke laaa....huaaaa. asal malam je makin menjadi-jadi batuk aku..tu malam uols, siang lagi la..aku batuk sampai terkencing taw.. tak pernah-pernah aku kene camnei.
selalunya aku batuk pun kejap je dah baek, takdelah sampai seminggu. nei dah dekat 2 minggu.

lepas tu, sejak 2-3 hari nei..aku batuk sampai muntah semua isi perut.
macam semalam, petang aku makan rojak..malam tadi aku batuk-batuk sampai muntah keluar semua rojak tu.
bila encik suami balik kerja je...perut aku lapar. suruh encik suami masakkan maggie..tapi jawapannya manade maggie. so aku pun tido jela dalam kelaparan.

perut aku cepat je lapar sekarang...
daripada 3-4 hari lepas aku teringin sangat nak makan asam laksa yang dekat KSL tu..teringat-ingat aku bau semerbak laksa tu. (padahal aku tak makan laksa, aku tak makan ikan)
tapi aku belum cakap dengan encik suami lagi..sebab masih boleh tahan. hehe.

malam tadi encik suami tegur "apa mama nei batuk tak baek-baek" yelaa tengok asal malam je makin menjadi-jadi, lagi-lagi kalau tekak gatal sampai keluar air mata aku batuk taw.

aku harap-harap ade la khabar gembira untuk aku, encik suami & hero kecik tu.

" this is LJ official blog ♥ "

Tiada ulasan: