Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

Feeling Confuse

hye uols..baru-baru nei aku adelah google pasal Implantation Bleeding.

ceritanya camnei...

hari pertama aku period adalah 12.2.2015 - biasa period aku 5-6 hari je dah habis.
(aku ade calender period dalam hp, so automatik la ada pengiraan sendiri)

so nak jadikkan cerita...masa hari selasa atau rabu lebih kurang 24-26.2.2015...
macam biasalah habis je waktu kerja, lepas aku tutup opis..aku mesti ke toilet dulu baru balik. sebab aku malas time drive nanti nak singgah-singgah tetiba nak membuang pulak.

so..masa aku nak buang air tu...aku tengok seluar kecik aku ada darah setompok + darah seketul kecik. tak berbau. masa darah tu keluar pun aku tak rasa pape.

dalam hati aku dok pikir jugak..aku baru 2 minggu lepas habis period. mana datang darah lagi nei kan...takkan dah 2 minggu lepas tu period aku tak kering lagi.
sebab nei 1st time aku kene taw uols. sebelum nei aku tak pernah langsung pun kene macam nei.
bila aku tanya mak mentua aku..mak mentua aku pun tak reti nak jawap. bila cerita dekat bff, dye pun confuse lagipun bff aku tu belum kawen lagi. hehe. sajelah cerita nak sedapkan hati.
ade jugak aku cerita dengan suami..suami aku cuma cakap belum ade rezeki kot. sebab dye pun tak taw darah ape..

lepas tu aku adelah jugak beberapa kali aku beli pregnant test yang biasa tu harga RM7.90 dekat farmasi.
bila aku test keputusannya -ve...kecewa la jugak uols. sebab aku dengan suami memang nak baby cepat. lagipun anak aku dah besar, dah 6 tahun.
tengok orang pregnant, ada baby..alahaiiii bestnya.

kesihatan aku sekarang pun senang terganggu..
1 - badan aku cepat sakit-sakit belakang
2 - berjalan aku cepat haus
3 - perut asik lapar je
4 - tekak nei teringin nak makan macam-macam
5 - jalan sikit cepat penat, mengah
6 - tekak asik tak sedap je..kadang-kadang rasa macam mual-mual
7 - bila lambat makan je..mula la aku rasa macam nak muntah-muntah
8 - mood aku paling teruk. kadang hal kecik pun aku cepat terguris, lepas tu mula laa menangis diam-diam. senang amek hati orang cakap sikit je..padahal takde apa pun.

semalam pun, aku kelaur dengan member..keluar tak lama pun dalam 4 jam je jalan tu pun dalam shopping kompleks je.
sampai-sampai je dalam pukul 5 lebih petang, kitorang dah pergi makan dulu..lepas makan baru jalan dalam 1 jam tekak aku haus sangat. beli air. 1 kotak aku sedut terus habis.
jalan lagi lama sikit belakang badan aku sakit pinggang aku pun ngilu je sbelah. tekak haus lagi.

firasat & gerak hati aku kuat mengatakan aku mengandung.
tapi ujian kehamilan yang -ve buat aku rasa ragu-ragu. aku ade jugak google pasal test kit jenama ClearBlue..semua cakap bagus. Tunggu la sehari dua lagi camner...sebab kalau nak ikutkan kiraan kalender 17.3 (lusa) nei aku sepatutnya period..kalau tak datang, baru aku pergi beli alat tu.

ce share sikit pengalaman masa awal mengandung korang. macam mana korang boleh taw korang mengandung.

" this is LJ official blog ♥ "

1 ulasan:

Cik Mun berkata...

oooo..xdpt nak membantu..xkahwin lg..heee