Daisypath Anniversary tickers

Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

Langkawi Day 2

yeahhhh..hari kedua memang sangat menyeronokkan.
pagi-pagi lagi pukul 7 aku dah kejut encik suami...bangun, mandi, siap-siap...terus turun bawah.
sementara nak tunggu van datang menjemput..kitorang sarapan dulu kat restoran mamak bawah tu.

pukul 8.30 pagi van pun datang...
pusing-pusing area Cenang amek orang dulu sampai penuh van..lepas tu terus ke jeti.


hehe. tarrra!
honeymoon trip tapi bawak jugak hero kecik nei....kira honeymoon la jugakkan.

aku ade amek pakej Island Hopping sebenarnya..tu yang excited semacam. walaupun dah berkali-kali aku datang Langkawi nei. tapi nei la 1st time aku join Island Hopping selama 3 jam.
1 kepala RM35 je..untuk budak macam anak aku tu umur 6 tahun kene bayar RM25 seorang.


nei masa pakcik bot stop depan Pulau Dayang Bunting.
sebab nak tunjuk dekat kitorang bentuk Dayang Bunting tu...memang real la nampak macam ppuan tengah baring dengan perut yang memboyot.
ade gambar, tapi dalam hp encik suami.

bila je pakcik boat tu pusing betol-betol dekat Pulau Dayang Bunting tu..rupanya baru aku tahu yang tengah-tengah Pulau tu ade tasek.
kitorang diberi masa 45 minit...kene naek tangga taw uols nak ke tasek tu. huihhh mengah giler aku. lepas tu ade banyak monyet pulak tu..


time kat sini omputih semua sibuk terjun tiruk.
kitorang cuma rendam kaki je.. kalau nak ikutkan cerita, ada yang kata mandi dekat tasik atau minum air tasik nei boleh mengandung bagi pasangan yang dah kahwin tapi belum ade anak.
wallahualam.


sempat selfie dulu sebelum naek boat nak pergi Pulau Singa Besar pulak. nak tengok eagle feeding katanya...heheheee.


masa kat sini semua sibuk pakat amek gambar..
ade pakcik bot tu siap campak 1 plastik ikan sebab nak bagi helang-helang nei semua turun kaut ikan-ikan tu.

masa dekat sini sekejap je..dalam 15 minit je singgah tengok.


lepas tu kitorang pergi pulak Pulau Beras Basah.
dekat sini pun sama 45 minit gak.. pehhhh, air memang jernih. serius bersih.
dekat sini..aku, encik suami & hero kecik mandi manda...lagipun ramai yang mandi. sampau tukang bawak bot pun mandi sama siap basuh bot lagi.

bila dah basah..naek bot kene angin pun kesejukan laa. hahahaa.
oke jom balik ke Pulau Langkawi semula. serius tak rugi uols. sangat best pengalaman baru aku nei. naek bot laju, lepas tu bila langgar ombak ade terhentak-hentak sikit takut tercampak punya pasal encik suami la kene paut.
lagipun kitorang duduk belah depan..tepi pulak tu.

"ade ke tarik papa.."  kekekee...aku gelak je. kalau tercampak atleast aku tarik dye skali. hehe.

sampai je kat jeti semula. macam biasa laa..ade gambarnya.
sekarang memang trend kan..korang pergilah mana-mana pun..baek Cruise Sg Melaka, Zoo Melaka, Cable Car, Waterwold Melaka..semua ade tukang amek gambar. yang membezakannya murah & mahal je.

[pinjam ye gambar siapa nei, amek dekat google je]

so untuk Island Hopping cuma RM10 sahaja. yeahhhh, siap lekat dekat pinggan kecik je.
harga mampu milik!
tu macam contoh gambar kat atas tu..cuma design pinggan aku lain sikit.
maklumlah design atas 2012, skarang dah 2015..mesti la lain kan. ntah-ntah yang tukang buatnya pun dah bertukar orang. hehe.

van hantar semula ke hotel.
mandi-mandi, cas hp skejap...pukul 1 petang kitorang keluar balik. kali nei kita pergi ke Cable Car.
disebabkan orang tak ramai macam cuti sekolah kan..so beli je tiket terus dapat naek Cable Car.
tak payah nak tunggu lama-lama, beratur panjang-panjang...

aku amek pakej yang paling basic..nei harga untuk pemegang IC.

dewasa RM20 | budak 3 -12 tahun RM15


hehe. gambar nei suami aku yang edit.
nei masa dekat platform atas sekali..kitorang turun untuk tengok pemandangan, amek-amek gambar kenangan...

lepas dari cable car. kitorang pergi Pekan Kuah pulak.
pergi Kompleks Haji Ismail Group (HiG) yang baru tuuu. wahhhh walaupun 2 tingkat..best la jugak jalan dalam air cond, sebab cuaca panas kering semacam.

tak cukup kat komples..pergi pulak HiG yang lama..
betol laaa uols...pergi 1 bag je..balik sampai 2 beg taw. siap beli beg roda baru..semata-mata nak penuhkan dengan coklattttt. hahaa.

lepas tu singgah pulak Idaman Suri.
makaihhhh uols..asal laa ade offer set-set teko, tea cup murah-murah. banyangkan uolsss...1 set RM20 je..RM19.90, RM29.90....set mangkuk 3 in 1 inly RM10.50 je uols.
 huaaa, apasal laa aku tak bawak duit banyak-banyak...sedih taw uols tak dapat nak shopping banyak.
aku cuma dapat belikan mak mentua aku set yang 6 + 1 tu..alaa, yang boleh pusing-pusing, ade mangkuk bulat tengah-tengah, lepas tu keliling ade 6 mangkuk.
biasa nya set-set nei keluar time perayaan, tak pun open house. macam mak aku laa...suka pakai set tu letak bahan-bahan soto.

dah habis pusing..kebetulan ade pasar malam pulak.
so kitorang pun singgah la pasar malam...beli pun tak banyak. beli makanan yang pelik-pelik je yang takde jual dekat pasar malam JB. hehe.

lepas tu pergi balik Cenang Mall..sebab aku ade nak beli coklat jugak dekat sini.
kalau korang nak taw..coklat dekat Cenang Mall nei pada aku lebih murah walaupun murah RM1-2 camtu. lagi satu, kat sini banyak coklat offer.

malam ke dua kitorang makan dekat restorang mangga..one way jalan nak balik hotel, nak ke Pantai Cenang. boleh tahan sedap jugak..makan pun dalam RM40++. time nei aku dengan encik suami makan goreng-goreng, tom yam & kentang goreng.

lepas makan terus la balik hotel. badan dah melekit uolssss.

" this is LJ official blog ♥ "

Tiada ulasan: