Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

Makanan Yang Perlu Di ELAK kan Sewaktu Hamil

Saje jelah aku dok google makanan apa yang boleh dan yang tak boleh.
sebab sebelum nei aku maen makan je semua benda..cuma air gas je aku tak minum.

ade bebarapa senarai sebenarnya...

1. Keju Lembut
keju lembut nei camner ea? sejujurnya aku bukan peminat susu..lagikan nak makan keju macam tu je. wekkkk. kalau pergi pizza hut..ade topping keju tu lain cerita..sebab dah masak sekali. hehe.

2. Daging Mentah Atau Separuh Masak
kalau orang putih kata medium cook kan... aku memang tak minat sparuh-sparuh masak nei. tengah-tengah makan skali ade darah lagi..kalau kat rumah boleh goreng balik. kalau dekat luar memang aku panggil tukang amek order tu. tapi kalau makan beger aku suka order daging tu biar sparuh masak..baru la rasa juicy. hehe.
adehhh, teringin pulak nak makan beger pakcik majidee tu. sedappp.

3. Sushi
haaa, yang nei seumur hidup tak makan. aku pernah nak try skali..masuk mulut je baru kunyah skali dua terus wekkk..keluarkan balik.

4. Adunan Tepung Mentah
yang nei pun tak. kalau sambil uli-uli nak buat epok-epok pun takda maknanya la nak makan. tapi kalau nak buat jemput-jemput..normally lepas letak garam mest cuit sikit nak rasa kan cukup rasa ke tak. hehe.

5. Salad Dressing
biasa kalau aku buat sendiri pun..aku letak mayonis + thousand island je. tak pernah aku makan yang kat luar punya.

6. Tiramisu
sebab tiramisu orang kata buat pakai telur mentah. aku bukan penggemar tiramisu.

7. Ikan Bermekuri Tinggi
maaf, saya tak makan ikan..ikan bilis je makan..tu pun goreng rangup-rangup makan dengan nasi panas. huihhh, terangat. aduiiii..kecur lagi.

contoh ikan :
- ikan kerapu
- makarel
- ikan tuna kuning

8. Daging Yang Diproses (Deli Meats)
yang nei..jarang-jarang kot. biasa kalau makan pun nugget & sosej..takpun ayam segera tu tinggal goreng je. tu pun aku goreng betol-betol masak.

contoh :
- ham
- ayam turki
- sosej

9. Kekacang
yang nei menurut aku baca..kalau ade alergic, asma atau ekzema elakkan la makan kacang-kacang nei time pregnant atau menyusukan sebab boleh mengurangkan peluang bayi dapat alahan yang sama.
kalau takde alergic boleh makan..tapi dalam kuantiti yang sederhana.

10. Buah-buahan Atau Sayur-sayuran Yang Tidak Dibasuh
make sure sebelum makan buah atau sbelum masak sayur tu..basuh dulu bersih-bersih. contoh macam kangkung..basuh tak bersih je, makan rasa la semua pasir-pasir lagi.

11. Taugeh Mentah
aku bukan penggemar taugeh dan kalau goreng mi pun..aku tak letak taugeh.

12. Makanan Laut Atau Ikan Salai
seafood makanan fevret tu. yang patut dielakkan yang sejuk beku punya... kalau masak tu make sure betol-betol masak.

13. Kerang-Kerangan Mentah
kalau korang tengok citer mr. bean kan ade dye makan oilster mentah-mentah tu..skali busuk rupanya. tu la maksudnya jangan makan mentah-mentah.

14. Juadah POTLUCK
sebab apa? sebab makanan tak boleh terdedah lebih daripada 2 jam suhu bilik. yela kadang-kadang kita tak nampak pun lalat hinggap berak dekat makanan..terus maen makan je kalau tak perasan kan.

15. Susu Yang Tidak Di Pasteur
tak kuasa aku nak minum susu camtu je..lagi-lagi susu tepung. bau pun buat aku tak tahan. kalau susu perisa coklat pun buat aku pikir 2-3 kali nak minum.

16. Minuman & Makanan Berkafein
kafein nei kurang kot..aku biasa minum milo je..kalau minum kopi ke, teh ke, nescafe ke..tak banyak biasa skali munim secwan dua..tu pun bukan hari-hari. air gas pun dah tak minum.

17. Alkohol, Minuman Bergas & Makanan Ringan
Alkohol memang tak pernah. Minuman bergas dah tak minum buat masa sekarang. Makanan ringan tu biasa la..keropok, coklat..aiskrim.

kalau nak lebih detail korang boleh jenguk page nei ----> http://healthyme-happyme.blogspot.com/

jagalah kesihatan ketika hamil ye..semoga ibu & baby sihat walafiat.

" this is LJ official blog ♥ "

Tiada ulasan: