Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

Muntah Malam

hmm..dah dekat 3-4 malam nei aku mesti muntah.
tapi muntahnya sekali je... lepas tu habis keluar semua isi perut yang aku makan dari siang...

1st - aku muntah..aku muntah air je.
kebetulan time tu aku baru lepas minum air masak satu cawan...so air tu jelaa keluar.

2nd - aku makan coklat ferrero sebiji.
tak sampai 15 minit makan, aku muntahkan balik semua coklat tu.

3rd - aku makan rojak dengan encik suami petang lepas habis kerja.
malam tu terus aku muntah semua isi perut aku..habis semua rojak keluar. tu yang aku tido dalam kelaparan.

4th - haa, yang nei semalam punya cerita laa. petang tu aku makan ayam gunting, lepas tu aku makan buah jambu air. pulak tu aku minum dekat 2-3 cawan gak la kopi susu panas, sebab tekak aku haus sangat. malam tu dalam pukul 9-10 gittew...aku pun start la berlari pergi toilet. habis keluar semua kopi susu dengan ayam yang aku makan..dengan buah tu skali gaknya.

bila encik suami balik kerja..aku duduk makan nasi dengan dia.
lepas tu, aku terus duduk menyandar dekat kepala katil tunggu encik suami mandi semua..baru tido.
aku dah takde muntah lagi lepas tu.

aku pun pelik apasal kali nei sakit aku macam nei. nak kata demam tak pulak.
selsema pun takde. cuma batuk jela tak baek-baek, kadang-kadang rasa sakit kepala.

lagi satu...aku cium badan encik suami..langsung takde bau badan dia yang biasa aku bau tu. pelik jugak. sebab nakkan kepastian aku siap cium ketiak lagi..sama. takde bau.
nak kate hidung aku sumbat, oke je. huhuu.

hmmm...intinct kuat mengatakan aku mengandung.
lagi-lagi aku tak boleh lupa asam laksa yang aku idamkan tu...teringat-ingat je selagi tak dapat makan.

semoga ade perkhabaran gembira buat kami sekeluarga. Aminnn.

" this is LJ official blog ♥ "

Tiada ulasan: