Followers

About Me

Foto saya
Johor Bahru, Johor, Malaysia
aku adalah aku. walau sebanyak mana kau membenci aku, aku tetap takkan berubah hanya untuk kau ♥

Sakit Belakang, Normal Ke?

uols..aku nak tanya sikit laa.
memandangkan anak aku pun dah 6 tahun..dah sekarang baru aku rasa semula tanda-tanda awal kehamilan.
perasaan lama tu aku dah lupa..
yang aku ingat..masa anak 1st tu..4 bulan kebawah aku tak boleh langsung nak makan minum. memang sepanjang hari aku asik muntah je walaupun perut kosong.
berat badan aku turun dekat 10 kilo.

sekarang nei..
setiap kali bangun pagi belakang badan aku memang sangat terasa sakit..
tidur malam aku pun tak lena..skejap-skejap terjaga.. ataupun kejap alih kiri, kejap alih kanan..
memang aku sangat senang terjaga.

kalau dekat opis pun..aku tak senang duduk, menyandar camne pun..belakang aku tetap sakit sampai perlukan bantal kecik sebagai sokongan.

aku nak tanya tu normal ke atau memang tanda awal kehamilan???

lagi satu..bayangkan time aku basuh baju.
dari bilik aku nak ke mesin basuh adelah dalam 10 langkah je..tak jauh mana.
tapi angkat bakul baju kotor pun pinggang aku terasa sakit. belum time aku nak sidai baju lagi...punyalah sakit nak menunduk amek baju dalam bakul tu, nak kibas-kibas sidai..sampai hero aku terpaksa tolong hulurkan. memang tak larat nak menunduk.

aku cepat rasa penat & letih. cepat mengantuk. malam je pukul 9-10 aku dah tidur.. senang cerita letak kepala je terus lena.
baru-baru nei mak mentua aku masak mi kari..huihhh, aku rasa bau busuk mi kari tu. tak tahan. lagikan aku nak makan, dah la ape benda yang aku makan semua takde rasa, rasa tawar hebeh je.

dalam opis yang sentiasa buka aircond je pun tekak aku kering memanjang...
tak tahan sejuk aku matikan aircond.

mana-mana yang ada pengalaman lebih tu..shre la pendapat-pendapat ye atau pengalaman uols.
aku try google banyak sangat..tak larat aku nak baca.

" this is LJ official blog ♥ "

2 ulasan:

fina.S berkata...

salam, sama la kita kk, sy pun kerap sakit belakang sbb duduk terlalu lama, (postur x betul) dh sakit, sapu yoko2, urut x ikut gk, lps tu jumpa idea baru, saya bagi panas kan pinggang guna hairdryer, bru baik skit. mungkin angin kot. tp sebaik nya akk jumpa doctor ler ^,^

.:: Schaz ::. berkata...

xpenah pulak dengar pakai hairdryer fina.S..hehe. cadang memang nak jumpa doc nanti..